Melayu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Mohamed Shahriman bin Mohamed Yunus, Mohd Hanif bin Jamaludin dan Nor Ain binti Mohd Bahror daripada Makmal Penyelidikan Elektrik, Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) di atas penganugerahan sebagai Best Paper Award di ICESECS 2022: XVI. International Conference on Electrical Systems Engineering and Computer Science yang telah diadakan pada 21-22 April 2022.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Pembaikan Dan Menaiktaraf Bangunan Utama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur (Sayap Kiri) pada 20 Mei 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras Bawah Bangunan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Sayap Kiri, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sedang dilaksanakan di JKR Malaysia bagi empat sistem berikut:
1.    Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015
2.    Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) ISO 14001:2015
3.    Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) ISO 45001:2018
4.    Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) ISO 50001:2018

Alt

adminjkr


Melayu
1)
ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
 
Adalah dimaklumkan, YBrs. Sr Siti Baizura binti Mohamad Noor, Pengarah, Cawangan Kerja Bangunan Am 2, Ibu Pejabat JKR Malaysia akan menghadiri Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) Siri 73 Bil.
Alt

adminjkr


Melayu

 

Pertandingan Anugerah Reka Bentuk Terbaik Peremajaan PAP 3.0 & BIM JKR Malaysia 2022 (ART PAP + BIM JKR Malaysia 2022) dan Pameran Pre-Approved Plans (PAP), Modular OT dan Building Information Modeller (BIM) diadakan untuk menghargai usaha para perekabentuk JKR dalam pelaksanaan reka bentuk PAP dan menambah baik koleksi reka bentuk PAP 3.0 RMKe-12. ART PAP BIM JKR MALAYSIA 2022 dan Pameran Modular OT juga merupakan sebahagian daripada program promosi PAP, BIM dan Modular OT.

Alt

adminjkr


Melayu
Sukacita dimaklumkan bersemperna Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pada 17 Mei 2022, Puan Analiza binti Zakaria telah dianugerahkan Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP).
 
Sesungguhnya pengurniaan anugerah ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan di atas jasa bakti dan sumbangan beliau kepada Jabatan khususnya dan Negeri Perlis amnya.
 
Seluruh warga JKR turut merasa bangga di atas
Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi KKR dan Agensi Tahun 2022 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2022, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk / Dato’ / /Datin / Tuan / Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBhg. Dato’ KPKR dengan nombor rujukan (15) dlm.JKR.KPKR:114.020.070/070/1 Jld.12 bertarikh 12 Mei 2022:

 

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah bercuti rehat mulai 24 April 2022 seterusnya bersara wajib pada 11 Mei 2022. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Chua Lee Hwa di arah menjalankan tugas sebagai Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Chua Lee Hwa berkuatkuasa pada 24 April 2022 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir.HJ IBRAHIM BIN AHMAD, PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 11.5.2022.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman