Melayu
Majlis Penyerahan Projek Membina Jambatan Baru Di Kampung Orang Asli Sungai Gabong, Bentong, Pahang telah diadakan pada 17 Jun 2022 (Jumaat) bertempat di Tapak Pembinaan Projek Jambatan Sungai Gabong, Bentong, Pahang.
 
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Ir. Ts Hafizah Bt Zakaria, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang kepada YBrs. En Muhamad Bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Malaysia.
Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bersemperna Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-80 bagi tahun 2022 pada 19 Jun 2022, YBrs. Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim telah dianugerahkan DARJAH DATO’ SETIA DIRAJA KEDAH (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato’.

Sesungguhnya pengurniaan anugerah ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan di atas jasa bakti dan sumbangan beliau kepada Jabatan, Pembangunan Negeri dan juga Negara.

Alt

adminjkr


Melayu

14 Jun 2022 - Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pembinaan Pusat Aktiviti Setia Perdana telah diadakan semasa Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PUSPANITA Kali Ke-40 di Dewan De’ Seri Indon           PUSPANITAPURI, Putrajaya. Majlis Penyerahan SST berkenaan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada wakil firma kontraktor yang berjaya iaitu En.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Md Ridzwan bin Chik, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu menunaikan fardhu haji pada 11 Jun 2022 sehingga 25 Julai 2022. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim di arah menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim berkuatkuasa pada 11 Jun 2022 sehingga 25 Julai 2022.

Alt

adminjkr


Melayu

Bertempat di Tingkat 19 Menara Maju Kuala Lumpur, pada 9 Jun 2022, 3.00 petang telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Dokumen Kontrak, Lukisan Pembinaan (2 dalam 1) dan Penyerahan Surat Rasmi Perlantikan Pegawai Penguasa bagi Projek; 

PEMBINAAN BAHARU BALAI POLIS BUKIT JELUTONG, SELANGOR.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrsIr. HAJJAH HABIBAH BINTI BABA, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU JKR NEGERI SELANGOR yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 10 JUN 2022.

Alt

adminjkr


Melayu

8 Jun 2022 │Menara Kerja Raya │ YBhg. Datuk Ir. Hj. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah menyempurnakan penyerahan wang zakat melalui wakalah Surau Menara Kerja Raya, Blok G hasil sumbangan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) kepada penerima zakat terdiri daripada warga JKR Ibu Pejabat, Kuala Lumpur.

 

Alt

adminjkr


Halaman-halaman