Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. ZAILAN BIN ABD RAHMAN, PENGARAH BAHAGIAN KONSULTATIF DAN REFERAL TEKNIKAL, UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN, JABATAN PERDANA MENTERI yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 15 MEI 2021.
Seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya Malaysia ingin mengucapkan Tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Haji Habbali bin Ibrahim, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia memangku Gred Utama B dengan dibayar elaun memangku ditukarkan ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Bangunan), Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) memangku Gred Utama B secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dengan dibayar elaun memangku berkuatkuasa mulai 20 Mei 2021.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan Ya Kareem tahun 2021. Bulan Ramadhan tahun ini telah tiba di penghujung, tatkala Syawal bakal menjengah tiba.
Satu sesi penyerahan Perakuan Pendudukan Separa No. 2 (CPO2) telah diadakan pada 10 Mei 2021 Jam 8.45 pagi yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (KPKR), YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman. Kawasan serahan CPO2 adalah dari Ch.0 hingga Ch.10100. Serahan dilakukan dengan pencapaian 6 dalam 1 iaitu:
Pada 7 Mei 2021, delegasi seramai 6 orang daripada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Ibu Pejabat JKR yang diketuai oleh YBhg. Ir. Dato’ Hj. Habbali bin Ibrahim, Pengarah Kanan CKM, telah mengadakan kunjungan mesra ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia di Putrajaya. Pengarah Kanan CKM turut diiringi oleh YBrs. Ir. Hj. Zulkifli bin Abdul Rashad, Pengarah Khidmat Pakar CKM, YBrs. Ir. Suhaili bin Mansor, Pengarah Rekabentuk CKM dan beberapa pegawai kanan CKM.
Dimaklumkan, YBrs. Ir. haji Dzarif bin Yaacob, Pengarah Kerja Keselamatan akan bersara wajib pada 8 Mei 2021. Sehubungan itu, YBrs. Tuan Haji Noor Rahim bin Suleiman diarah menjalakan tugas Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan termasuk Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki tuan berkuatkuasa mulai 10 Mei 2021 sehingga jawatan diisi secara hakiki.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Ir. HJ. DZARIF BIN YAACOB, PENGARAH CAWANGAN KERJA KESELAMATAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 MEI 2021.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Jalan Luar Bandar (A18) di Ibu Pejabat JKR Melaka pada tahun 1984. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2021 akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).
Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia adalah merupakan satu inisiatif jabatan untuk memberi pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kemahiran/kepakaran dalam bidang tertentu serta memenuhi piawaian pensijilan.
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah mengadakan Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JKR dan Piagam Pelanggan JKR (Pindaan Mei 2021) yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) pada 30 April 2021 bertempat di Blok G, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Pengarah Kanan dan Pengarah Cawangan JKR serta disaksikan oleh warga JKR secara langsung menerusi Facebook JKR Malaysia.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN RABIAH BINTI AB AZIZ, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU JKR NEGERI SELANGOR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 30 APRIL 2021.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J41) di Cawangan Rekabentuk Struktur Bagunan pada tahun 1985. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;