Dengan hormatnya bahawa Ybrs. Ir Maria binti Marcus Jurutera Awam Penguasa Kanan Gred 54 di Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan ditempatkan di Pasukan Projek Parlimen ditukarkan ke JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Pengarah JKR Wilayah Kuala Lumpur. Pertukaran ini berkuatkuasa 03 Februari 2020.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAMZAH BIN MD YUSOFF, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 26 Januari 2020.
Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan Stor Rampasan Pejabat Penguatkuasaan Kastam Seremban, Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Januari 2020 (Isnin) bertempat di tapak Projek Stor Rampasan Pejabat Penguatkuasaan Kastam Seremban.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAJI NIK MOHD MANAN BIN WAN ABDUL MAJID, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK PERSEKUTUAN, JKR KELANTAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 21 Januari 2020.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur pada 12 September 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HASNAN BIN AB HAMID, PENGARAH UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU), JABATAN PERDANA MENTERI yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 21 Januari 2020.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur pada 1 September 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK ZULFAKAR BIN ABD HADI, PENGARAH SEKSYEN PENGURUSAN PROJEK, BAHAGIAN BEKALAN AIR, KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 18 Januari 2020.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur pada 16 Januari 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
KUNJUNGAN HORMAT YBRS. DR. MOHD ABD WAHAB BIN YUSOF KETUA PENGARAH AGENSI NUKLEAR MALAYSIA KE MENARA KERJA RAYA MALAYSIA
Pada 17 Januari 2020, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Ybrs. Dr. Mohd Abd Wahab Bin Yusof telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid.