Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. Dr. ABDUL RAHMAN BIN MOHAMED TASIR, PENGARAH KEJURUTERAAN ICT (PAKAR), CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 3 Januari 2020.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Perasmian Penyerahan Projek Membekal Empat (4) Buah Kenderaan Pacuan Empat Roda (Double Cab) Baharu Beserta Kelengkapan Pengendalian Barang Kes Hidup untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Disember 2019 (Jumaat) bertempat di Autoria Sdn. Bhd. Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh, Perak.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan Jabatan ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) untuk mengikuti Pengajian Cuti Belajar Bergaji Penuh secara sepenuh masa sesi 2020/2021.

Sehubungan dengan itu, pegawai daripada pejabat YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan yang berminat dan layak perlu mendaftar dengan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) untuk pengajian seperti berikut:

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 27 Disember 2019, Majlis Perasmian Penyerahan Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Penyaman Udara Serta Lain-Lain Peralatan Berkaitan Di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak telah diadakan dengan jayanya bertempat di Auditorium Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK AHMAD IZZUDDIN BIN OSMAN SALLEH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE) yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 28 Disember 2019.

Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

Alt

adminjkr


Melayu

Dengan segala hormatnya bahawa Ybrs. Ir Zailan bin Ab. Rahman Jurutera Awam J54 di Jabatan Perdana Menteri (Kader) dan ditempatkan di Unit Penyelarasan Pelaksanaan- Kelantan ditukarkan ke JKR Negeri Kelantan sebagai Pegarah JKR Negeri Kelantan berkuatkuasa mulai 23 Disember 2019.

Tahniah diucapkan kepada Ybrs. Ir Zailan diatas pertukaran menjadi Pengarah JKR Negeri Kelantan. Semoga Ybrs. Ir dapat menjalankan tugas ini dengan penuh cemerlang dan berdedikasi serta berintegriti.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 19 Disember 2019, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali bin Abas telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Mesyuarat Pengawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2020 yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2020 di Negeri Perak, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut sepertimana surat daripada YBhg Dato’ Seri KPKR dengan nombor rujukan (74)dlm.JKR.KPKR:114.020.070.65 Jld.3 bertarikh 18 Disember 2019 :

 

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 16 Disember 2019, Majlis Perasmian Penyerahan Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Penyaman Udara Serta Lain-Lain Peralatan Berkaitan Di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Melaka telah diadakan dengan jayanya bertempat di Auditorium Jabatan Kimia Negeri Melaka, Bukit Katil, Melaka.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Wan Ibrahim bin Wan Yusof, Pengarah Bahagian Kompetensi, Pensijilan & Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah bersara pada 6 Disember 2019.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman