Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan pelantikan YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) mulai 24 Julai 2020. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara pada 23 Julai 2020.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Sr Zulkifle bin Mohammad, Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan bercuti rehat pada 16 Julai 2020 dan seterusnya bersara wajib pada 1 September 2020. Sehubungan itu, YBrs.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Ir. Che Noor Azeman bin Yusof, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan telah bersara wajib pada 17 Julai 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Abdul Rahman bin Baharuddin, Pengarah Kejuruteraan Pakar Keselamatan Jalan Raya dan Forensik Jalan, Cawangan Jalan diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

MAJLIS PENYERAHAN SST DUA (2) PROJEK CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN DAN SURAT PERLANTIKAN PENGARAH PROJEK & PEGAWAI PENGUASA BAGI PROJEK: -

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis serahan projek siap bagi KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) KUALA KANGSAR, PERAK telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia pada 18 Julai 2020 (Sabtu) bertempat di tapak projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kuala Kangsar pada jam 10.00 pagi.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz, Pengarah Kanan Cawangan Jalan telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 mulai 6 Julai 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Razhiah binti Wahab, Pengarah Kejuruteraan Pakar Geometrik dan Trafik, Cawangan Jalan diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Kanan Cawangan Jalan, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Mohamad Niizar bin Abdurahman, Jurutera Awam Kanan (J48) kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian Ph.D beliau dan dianugerahkan Ijazah "Doctor Of Philosophy " pada 5 Julai 2020 oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Beliau telah menyempurnakan kajian bertajuk “The Performance of Polyurethane Grout to Stabilise Hemic Peat’.

 

SETINGGI TAHNIAH diucapkan.

Alt

adminjkr


Melayu

Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sedang dilaksanakan di JKR Malaysia bagi empat sistem berikut:

 

  1. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015
  2. Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) ISO 14001:2015
  3. Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) ISO 45001:2018
  4. Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) ISO 50001:2018

 

Alt

adminjkr


Halaman-halaman