Laluan Central Spine Road Pakej 3: Gua Musang, Kelantan Ke Kg. Relong, Pahang Seksyen 3E1: Mentara Ke Merapoh telah dibuka secara rasmi untuk kegunaan awam mulai 26 Julai 2020 yang lalu. Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang berserta YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya.
Pada 28 Julai 2020 (Selasa) 2.45 petang, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah menerima kunjungan daripada YBhg. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia bersama delegasi dari Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya dan berlangsung di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 35, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Program Pementoran Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi tahun 2019 telah dilaksanakan dalam kalangan pegawai skim J41 lantikan baru. Seramai 63 orang pegawai lantikan baru J41 telah dipilih untuk dibimbing oleh 62 orang mentor daripada 22 Cawangan dan 13 JKR Negeri bagi mengikuti program pementoran JKR selama 6 bulan bermula dari 19 Mac 2019 hingga 19 September 2019.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. GNANA SEKARAN A/L DORAISAMY, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN GEOTEKNIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 3 OGOS 2020.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN HAJAH MASTURA BINTI SHAARI, PENGARAH CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 OGOS 2020.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah pada 15 September 1988. Sepanjang 32 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
Pada 29 Julai 2020 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat Kepada Pegawai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME) Jabatan Kerja Raya yang diadakan di Dewan Utama CREaTE. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Turut hadir ke majlis ini adalah YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohammad Zulkefly Bin Sulaiman Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Hj.
Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Jalan Utama Bandar Sri Sendayan Dan Enstek Ke KLIA Yang Melibatkan Bandar Enstek Dan Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Julai 2020 (Isnin) bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. RAZALI BIN CHE EMBI, PENGARAH CAWANGAN KEJURUTERAAN GEOTEKNIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 30 JULAI 2020.
JKR Malaysia telah melakar kejayaan yang membanggakan apabila berjaya memenangi beberapa anugerah dan pingat di pertandingan National Innovation & Invention Competition through Exhibition (iCompEx’ 2020) yang berlangsung secara “Virtual” pada 21 Julai 2020.
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menghantar sebanyak 3 produk inovasi JKR ke pertandingan tersebut dan hasilnya JKR berjaya meraih 2 Anugerah Terbaik dan 3 Pingat Emas.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti TUAN Ir. HAJI MOHD NOOR AZUDIN BIN HAJI MANSOR, PENGARAH KEJURUTERAAN PAKAR (STRUKTUR), CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 26 JULAI 2020.