Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Sr Ruzimah binti Othman, Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR yang menjalankan tugas Pengarah Khidmat Pakar akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management Programme - ALMP) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2020 hingga 4 September 2020 dan seterusnya akan bercuti rehat pada 7 September 2020 sehingga 13 September 2020. Sehubungan itu, YBrs.

Alt

adminjkr


Melayu

Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui Cawangan Kerja Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi perlantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Klinik Kesihatan Jenis 4 (KK4), Pulau Pangkor, Perak bertempat di Lobi Aras 1, Blok G, Menara Kerja Raya, pada 12 Ogos 2020 jam 10.00 pagi. 

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Mohd Rahim bin Kawangit, Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR telah bersara wajib pada 10 Ogos 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Alfred Sim Seck Puan, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. HIZAMUL-DIN BIN AB. RAHMAN, PENGARAH PASUKAN PROJEK KHAS BEKALAN ELEKTRIK SABAH, KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 17 OGOS 2020.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Pekhidmatan Awam Bil. 6 Tahun 2020 telah meluluskan kenaikan pangkat YBrs. Ir. Haji Zulakmal bin Haji Sufian, Jurutera Awam Gred Utama B ke Jurutera Awam Gred Utama A berkuat kuasa mulai 25 April 2020.

Majlis penyampaian surat kenaikan pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 14 Ogos 2020, di tingkat 33 Menara Kerja Raya. 
 
Tahniah diucapkan.

Alt

adminjkr


Melayu

Cawangan Kerja Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi perlantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Klinik Kesihatan Jenis 4 (KK4), Pulau Pangkor, Perak bertempat di Lobi Aras 1, Blok G, Menara Kerja Raya, pada 12 Ogos 2020 jam 10.00 pagi. 

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 12 Ogos 2020 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima (SST), dokumen kontrak dan penyerahan surat pelantikan Pegawai Penguasa (S.O) bagi Projek Pembinaan Penstoran Punca Radioaktif Terkedap Terpakai (DSRS) Di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor. Majlis Menandatangani SST tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Zamrud, Tingkat 15, Menara PJD.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Razali bin Che Embi, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR telah bersara wajib pada 30 Julai 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Edayu binti Saleh @ Aman, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Unit Bahagian Rekabentuk Geoteknik 2, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Haji Dzarif bin Yaacob, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management - AMLP) Siri 66, Bilangan 2 Tahun 2020 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara mulai 7 Ogos-4 September 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

Menteri Kanan Kerja Raya, YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT54 Dari Sungai Buloh Ke Assam Jawa, Daerah Kuala Selangor, Selangor pada 10 Ogos 2020. Lawatan bertujuan melihat kemajuan pelaksanaan projek serta tatacara pengurusan projek pembinaan jalan yang dilaksanakan secara Reka dan Bina ini.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman