Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Cerun Dan Kerja-kerja Berkaitan Di Sekolah Kebangsaan (SK) Jenang, Marang, Terengganu telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Mei 2020 (Khamis) bertempat di SK Jenang, Marang, Terengganu. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Amalludin bin Zolkifli, Jurutera Daerah JKR Marang selaku Pegawai Penguasa projek ini kepada YBrs. Encik Nik Abdul Hanif bin Nik Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Pembangunan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti TUAN HAJI JAMALUDDIN BIN HAJI MD YUSOF, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 21 Mei 2020.
Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Shahabuddin bin Mohd Muhayidin, Pengarah JKR Negeri Selangor sedang menjalani rawatan kesihatan mulai 2 Mei 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Mohamad Darus bin Selamat, Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor diarah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah JKR Negeri Selangor termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping manjalankan tugas hakiki berkuatkuasa mulai 13 Mei 2020 sehingga YBrs. Ir.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Sr Dr. MARINA BINTI MUSA, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PERUBAHAN DAN PRESTASI, CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 14 Mei 2020.
Infografik PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU PENCEGAHAN COVID-19 DI PREMIS JKR MALAYSIA seperti link di atas bertujuan untuk memberi panduan ringkas dan segera kepada warga JKR untuk membudayakan norma baharu bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran virus COVID-19 di premis kerja masing-masing.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ar. HASNAH BINTI YUN, PENGARAH BAHAGIAN KEPAKARAN FASILITI KESIHATAN, CAWANGAN ARKITEK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 11 Mei 2020.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK AMINUDDIN BIN JOHARI, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Mei 2020.