Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. NOOR ASHIKIN BINTI MD TAMIMI yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 11 April 2025.

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik Gred J3 di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia pada 15 November 1993.Beliau juga telah berkhidmat lebih 32 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan Ir. Ts. Dr. FAZILAH BINTI HATTA @ ANTAH, Jurutera Awam Kanan, Gred J12 daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia telah berjaya menyempurnakan pengajian Ijazah Kedoktoran, Ph.D melalui Cuti Belajar Bergaji Penuh sesi 2020 dan dianugerahkan DOKTOR FALSAFAH (KEJURUTERAAN AWAM). Penganugerahan ini berkuatkuasa pada 08 April 2025 oleh Mesyuarat Senat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Alt

adminjkr


Melayu
  1. Tajuk Kajian: Diagnostic Study on Medium Voltage Cable Condition Assessment Using Collective Testing.

Adalah dimaklumkan bahawa Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 10 April 2025 (Khamis), telah berlangsung sesi libat urus antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU). Delegasi JKR diketuai oleh YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) bersama YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman bin Md Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1; YBrs. Ar. Zuhairi bin Manaf, Pengarah Rekabentuk Cawangan Arkitek; YBrs. Ir. Edayu binti Saleh @ Aman, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, serta pegawai-pegawai kanan Cawangan JKR.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 9 April 2025, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di Pejabat Menteri Besar, Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah, di Kotasas Kuantan Pahang. Turut mengiringi beliau adalah YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat; YH Dato’ Ir. Ts.

Alt

adminjkr


Melayu

JKR Langkawi, 9 April 2025 – Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Mesyuarat Pra-Pembinaan bagi projek Pembinaan Gedung Senjata dan Stor Peluru Markas Wilayah Laut 3, Langkawi telah berlangsung di Dewan Seminar JKR Daerah Langkawi.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 8 April 2025 (Selasa) telah berlangsung satu sesi kunjungan hormat oleh YBhg. Datuk Muhammad Azmi Bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan. Kunjungan hormat ini telah disambut oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu

CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM
(MySTEP) TAHUN 2025

Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia ingin mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Mystep seperti jawatan berikut : -

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 7 April 2025 (Isnin) telah berlangsung satu sesi libat urus delegasi dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak,Ketua Setiausaha KPKM disertai oleh YBrs. Norazli bin Indzam,Setiausaha Bahagian Pembangunan KPKM; YBrs. Ir. Nur Hareza binti Redzuan,Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan KPKM serta pegawai kementerian.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa Encik Sahriman bin Nordin, Penolong Jurutera di Bahagian Elektrik, JKR Daerah Kluang telah kembali ke Rahmatullah pada 05 April 2025 (Sabtu) bersamaan 6 Syawal 1446H.

Sesungguhnya Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga JKR Malaysia amat berdukacita di atas pemergian ini. Semoga Roh Allahyarham ditempatkan dikalangan para solihin dan hambaNya yang beriman.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه

“Allahummaghfirlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"

Al-Fatihah

Alt

adminjkr


Halaman-halaman