Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. HAZIZAN BIN ALIAS yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 15 Mac 2025.

Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N6 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Januari 1992. Beliau juga telah berkhidmat lebih 33 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 12 Mac 2025 (Rabu) Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah mengadakan satu satu lawatan kerja ke Highway Asset Info & Modelling, PLUS Malaysia Berhad bertempat di Menara Korporat, Persada PLUS, Petaling Jaya, Selangor. Lawatan kerja yang diketuai oleh Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada awal pagi hari ini, 12 Mac 2025 (Rabu) JKR Malaysia dikejutkan dengan berita insiden kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres di KM 245.5 Lebuhraya PLUS dari arah Selatan ke Utara.

Untuk makluman, insiden ini turut melibatkan beberapa warga JKR Malaysia yang juga penumpang bas ekspres tersebut. Difahamkan semua warga yang terlibat dalam keadaan selamat dan berada dalam keadaan baik. 

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 11 Mac 2025, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Wira Zailani bin Hj. Hashim, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara. Turut mengiringi beliau adalah YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); YBrs. Ir. Ts. Fadzilah binti Sulaiman, yang menjalankan tugas Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan dan YBrs. Ir. Hj. Wan Hamdan bin Wan Ahmad, Pegawai Penguasa Fasiliti, Pasukan Projek Fasiliti Istana Negara.

Alt

adminjkr


Melayu

10 Mac 2025 – Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah berjaya menganjurkan Executive Talk Siri 2/2025 bertajuk “Shaping The Future: BIM & A.I in Malaysian Building Industry” di Bilik Berlian, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dengan kehadiran penuh 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai JKR, profesional industri, serta wakil daripada badan berkaitan.

Alt

adminjkr


Melayu

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Semoga pelantikan ini membawa kecemerlangan dan kemajuan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memacu agenda pembangunan negeri.

Ikhlas daripada,
Ketua Pengarah Kerja Raya & Seluruh Warga JKR Malaysia

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 24 dan 25 Februari 2025, telah berlangsungnya Program Roadshow Inovasi Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Siri 1 Tahun 2025 di Dewan Utama, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE). Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin, Ketua Makmal Penyelidikan Mekanikal, Menjalankan Tugas Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), CREaTE JKR.

Alt

adminjkr


Melayu

Selamat bersara YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Hj Nazran Bin Muhammad. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Kelantan Ke-18.

Semoga YB Dato' Kaya Setia Dato' dikurniakan kesihatan yang baik serta kesejahteraan dan keberkatan berpanjangan bersama keluarga.

Ikhlas daripada,
Ketua Pengarah Kerja Raya & Seluruh Warga JKR Malaysia

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Siap Bagi Projek Pembinaan Tapak Simulasi Bencana Bagi Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah diadakan pada 25 Februari 2025 bertempat di Markas SMART, Pulau Meranti, Selangor. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan. Ir. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Negeri Selangor selaku Pegawai Penguasa. Seterusnya ucapan oleh YBrs. Tuan. Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan (Pasca Bencana) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku wakil pihak pelanggan.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 24 Februari 2025 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Warga Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) Tahun 2025 bersama semua ketua bahagian dan warga CDPK bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kompleks Kerja Raya.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman