Dimaklumkan bahawa YBrs. Sr. Amran bin Mohd Majid, Pengarah Adjudikasi, Kontrak dan Keurusetiaan telah diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan mulai pada tarikh 15 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan adalah dirujuk kepada beliau.
Dimaklumkan bahawa YBrs. Pn. Khairiah binti Hj. Mohamad Taib, Jurutera Awam Penguasa Kanan telah diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA 2) mulai pada tarikh 15 Febuari 2019 sehingga 15 Mac 2019.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan adalah dirujuk kepada beliau.
Dimaklumkan bahawa YBrs. Puan Monaliza binti Mohd Hassan telah diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT) mulai pada tarikh 11 Februari 2019.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan adalah dirujuk kepada beliau.
Hari kedua Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 2.0 diteruskan dengan lawatan ke Projek Membina ‘Flyover’ Dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubur, Kelantan pada pada jam 8.20 pagi. Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian bersama–sama Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Anuar Tahir serta pengurusan atasan KKR, JKR, LLM dan CIDB diberikan taklimat projek oleh Pengurus Besar Kanan Pembinaan Unit Projek Khas Zon Timur 1, Cawangan Jalan, JKR Malaysia.
Majlis Menandatangani Surat Setujuterima (SST) Tender untuk Sub-Kontraktor Dinamakan (Nominated Sub-Contractor) Sistem Mekanikal bagi Projek Multi StoreyBlock Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang telah diadakan pada hari Rabu, 13 Februari 2019 di Blok G, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (IPJKR), Kuala Lumpur.
Hari pertama Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 2.0 dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan dihadiri oleh Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian bersama–sama Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Anuar Tahir, Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Ketua Pengarah LLM, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya, jabatan dan agensi berkaitan.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti HAJI MAT ZAKI BIN IBRAHIM, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK 1, CAWANGAN KERJA KESIHATAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 Febuari 2019.
Beliau mula berkhidmat sebagai Penolong Jurutera di Lembaga Kemajuan Terengganu (KETENGAH) pada 1 Ogos 1985. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
Unit Building Information Modeling (BIM), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya telah menerbitkan sebuah risalah berkenaan pengenalan kepada Building Information Modeling yang bertajuk BIM 101 – A Concise Introduction To Building Information Modeling.