Pada 04 Disember 2024 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria (Grid Connected PV System) Di Bangunan Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Pada 3 Disember 2024, telah berlangsungnya majlis penyerahan projek siap bagi projek Cadangan Menaiktaraf Pagar, Baikpulih Dan Menyelenggara Bangunan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Kampus German-Malaysian Institute (GMI) Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Majlis penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBrs Ir. Ts. Mohd.
Pada 1 Disember 2024 sehingga 3 Disember 2024, telah berlangsung Mesyuarat Penetapan Hala Tuju JKR Malaysia Bagi Tahun 2025 & RMK13 di Hotel Royale Chulan, Seremban Negeri Sembilan. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi fokus kepada penetapan hala tuju JKR Malaysia, serta strategi dan inisiatif pelaksanaan penyampaian perkhidmatan JKR yang lebih terancang dan berkesan, khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran baru yang timbul pada Rolling Plan 5 (RP5) 2025 dan RMKe-13.
Pada 4 Disember 2024 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Meroboh Dan Membina Kuarters Kompleks Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Padang Besar, Perlis oleh Jabatan Kerja Raya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku pemilik projek. Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Pada 30 November 2024 (Sabtu) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani Kementerian Pengangkutan Malaysia - Kampung Orang Asli Ngoi-Ngoi, Seremban, Negeri Sembilan yang diadakan di Kampung Orang Asli Ngoi-Ngoi, Seremban, Negeri Sembilan.
Pada 28 November 2024, majlis sambutan Hari Integriti Jabatan Kerja Raya (JKR) 2024 telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya.
Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang - Yang Amat Di Mulia, Peringkat Kedua, Darjah Sultan Ahmad Shah (D.S.A.P) yang membawa gelaran Dato’, sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-65 Kebawah Duli Sultan Pahang.
Semoga pengurniaan ini membawa kecemerlangan buat Kementerian Kerja Raya dan semua agensi di bawahnya.
Ikhlas daripada, Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga JKR Malaysia
Pada 28 November 2024, Khamis - Satu Program Latihan Keselamatan Kebakaran (Fire Drill) telah disertai seramai 1030 orang termasuk pengurusan atasan, pegawai dan kakitangan sokongan di Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Program Innovathon merupakan program realiti TV di saluran Astro RIA yang berteraskan Sains, Teknologi & Inovasi bagi memberi ruang dan peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk membentangkan inovasi yang dipersembahkan. Program ini adalah sebuah inisiatif hasil kerjasama di antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi bersama pihak Astro Malaysia.
MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI MISI BANJIR JKR PRIHATIN 2024/2025
Sepertimana yang semua sedia maklum, negara sedang menerima taburan hujan yang tinggi dan bencana banjir telah melanda di beberapa kawasan di Malaysia, terutamanya di pantai timur dan utara semenanjung.