11 November 2024, Isnin - Bersempena Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) ke Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) pada 11 November 2024 (Isnin), telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Projek bagi dua (2) buah projek di bawah pelaksanaan CKP sepertimana berikut:
KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER 2024: Majlis Menandatangani Agreement For Joint Ownership di antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan Syarikat OFO Tech Sdn. Bhd. telah diadakan pada 11 November 2024 di Tingkat 33, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur. Majlis ini telah menyaksikan acara menandatangani Perjanjian Pemilikan Bersama di antara YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan Encik Muhamad Armi bin Abdul Majid, Pengarah Urusan OFO Tech Sdn. Bhd.
Pada 8hb November 2024 (Isnin), Sesi Penyerahan Sijil Pelantikan Peneraju Pelan Strategik JKR 2026-2030 kepada semua Peneraju Tema telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya bertempat di Bilik Zamrud, Aras 2, Menara Kerja Raya sebelum bermulanya Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik dan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) JKR Malaysia Bil. 2/2024.
KUALA LUMPUR, 11 November 2024 – Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, telah merasmikan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan penambahbaikan Sistem Pengurusan Bencana (eBencana) di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.
Pada 4 November 2024, Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia telah menganjurkan program Slope Day bertempat di Menara Kerja Raya. Program ini dirasmikan oleh Ir. Mohd Sharom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai aspek keselamatan dan kejuruteraan cerun di Malaysia.
Majlis Penyerahan Projek bagi Projek Pembinaan Fasa Kedua Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS 2) telah berlangsung pada 09 November 2024 (Sabtu) bertempat di Auditorium IKMAS, Telaga Air, Kuching, Sarawak.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Jasmi Bin Wahab selaku Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2 dan YBhg.
Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Sabere Bin Sulaiman dan pasukan Bahagian Kepakaran Konservasi, Cawangan Arkitek atas sumbangan mewakili Cawangan Arkitek dalam taklimat ROAD TOUR KONSERVASI 2024 di JKR Daerah Kulim, Kedah. Taklimat Road Tour Konservasi 2024 ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat JPS, Kulim, Kedah pada 4 November 2024.
Labuan, 9 November 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, telah meluangkan masa meninjau kemajuan kerja Projek Naiktaraf Kompleks Belia dan Sukan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan (Tender Semula).
Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), CPAB mengambil inisiatif untuk mengadakan beberapa siri kursus-kursus dalam talian pada tahun 2024 dalam usaha untuk memperkasakan Pengurusan Aset dan Fasiliti di peringkat nasional. Kursus ini terbuka kepada Kementerian, Jabatan, dan Agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pengurusan aset dan fasiliti.
Rabu, 6 November 2024 - YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah menyampaikan watikah pemangkuan YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya ke Jurutera Gred Utama A secara Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuatkuasa 25 Jun 2024.
Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Kerja Raya atas pemangkuan tersebut.