Jumaat, 13 Disember 2024 – Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Masjid Kampung Sungai Puteri Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Faiz Syazwan bin Zainal Abidin (Ketua Penolong Pengarah Seksyen Khas, Jabatan Perdana Menteri). Turut hadir menyempurnakan majlis adalah YBrs. En. Rizal bin Mustafa (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang); Al-Fadhil Tn. Hj. Bunyamin bin Abdul Ghani (Qadhi Daerah Rompin) dan YBrs. Ir. Ts. Mohd Faiz bin Mohd Faudzi (Jurutera Daerah, JKR Daerah Rompin).
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 7th JKR Research Colloquium (JKRRC) pada 6 dan 7 Ogos 2025 sebagai satu usaha untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga JKR. Program ini merupakan acara tahunan CREaTE yang mensasarkan penyertaan daripada penyelidik JKR dan rakan kolaboratif penyelidikan dari kalangan Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, dan pemain industri.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Sr ANITA BINTI IBRAHIM yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 15 Disember 2024.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Bahan Gred J3 di Bahagian Kontrak, Penyenggaraan dan Bumiputera, JKR Negeri Pahang pada 1 Julai 1993. Beliau juga telah berkhidmat lebih 31 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Pada 9 Disember 2024 (Isnin), Majlis Penyerahan Menaik Taraf Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kepada pelanggan telah diadakan.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR WPKL kepada YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya diserahkan kepada YBrs. Puan Azura binti Alwi, Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur selaku end user.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lt. Kolonel Ir. Ts. Suhaizad Bin Hj. Sulaiman di atas pelantikan sebagai FELO Strategik Pusat GEOTROPIK Universiti Teknologi Malaysia. Penyampaian Watikah Pelantikan telah disempurnakan oleh Profesor Ir. Dr. Ramli bin Nazir, Pengasas Bersama Pusat Geokejuruteraan Tropika UTM.Pelantikan ini berkuatkuasa bermula 1 Disember 2024 sehingga 30 November 2025.
Pada 28 & 29 November 2024, Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui Cawangan Arkitek telah mengatur kunjungan lawatan kerja pasukan JKR Negeri Sarawak ke Ibu Pejabat JKR, Menara Kerja Raya dan bangunan Parcel F, Presint 1, Putrajaya sebagai persediaan kepada JKR Negeri Sarawak untuk merancang reka bentuk bangunan baharu Wisma JKR Negeri Sarawak secara kaedah Building Information Modelling (BIM) .
Skuad Ihsan MADANI Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi telah dilancarkan di perkarangan pejabat JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, pada 4 Disember 2024 (Rabu). Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi melancarkan flag-off misi bantuan banjir tersebut.
PUTRAJAYA – Seramai 850 pengunjung terdiri daripada kakitangan awam dan swasta serta penggiat teknologi digital telah hadir memeriahkan program JKR Cyberday 2024 yang telah diadakan pada 20 sehingga 21 November 2024 yang lalu bertempat di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya.
Sepertimana kita sedia maklum, negara sedang mengalami Musim Monsun Timur Laut dan pada masa kini, tujuh (7) negeri terjejas akibat bencana banjir di Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri yang terjejas teruk adalah negeri pantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala di utara Semenanjung melibatkan negeri Perak dan Kedah. Dalam masa sama, negeri Johor dan Melaka turut terkesan dengan bencana banjir.
5 Disember 2024,Khamis – telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi pelaksanaan dua (2) projek dibawah Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia, iaitu: