Melayu

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” - Al-Baqarah: 155-156

Pada petang hari ini, 15 November 2024 (Jumaat) JKR Malaysia menerima berita menyedihkan yang mana tiga (3) warga JKR Malaysia telah meninggal dunia dan dipercayai lemas di Sungai Kampar, Gopeng, Perak.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa Ir. Samsulnizam bin Zulkapli, Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.40 pagi hari ini, 16 November 2024 (Sabtu). Jenazah akan dibawa ke Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar, Perak untuk urusan jenazah dan kemudian akan dibawa pulang ke Masjid Sultan Yusuf, Jeliang, Perak. Urusan pengebumian akan dilaksanakan selepas solat Zohor. 

Alt

adminjkr


Melayu
8 November 2024 - Bertempat di bilik mesyuarat utama, Tingkat 5, Blok F, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek bagi projek Menggantikan Jambatan Di Laluan Persekutuan FT12 (Segamat – Gambang) Seksyen 102, Sungai Temiang, Pekan, Pahang.
 
Majlis ini telah disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.
Alt

adminjkr


Melayu

14 November 2024 - YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

Alt

adminjkr


Melayu

10 November 2024 (Ahad) - Majlis Penyerahan Projek bagi Projek Pembinaan Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang telah berlangsung di Dewan Al-Fateh, Depot Imigresen Jawi.

Alt

adminjkr


Melayu
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ts. MUHAMMAD KHAIRI BIN SULAIMAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 15 November 2024.
 
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Gred J4 di Jabatan Kerja Raya, Negeri Sembilan pada 1 Oktober 1986.
Alt

adminjkr


Melayu
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Perolehan Peralatan Dan Menaiktaraf Bangunan Bagi Tujuan Pemusatan Bidang-Bidang Kemahiran Sukan Di IKBN Kuala Langat Selangor telah dilaksanakan pada 14 November 2024 (Khamis) bertempat di IKBN Kuala Langat Selangor.
 
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hanif Bin Latif, Jurutera Daerah JKR Kuala Langat selaku Pegawai Penguasa projek kepada YBrs. Ts. Dr.
Alt

adminjkr


Melayu

Kelab Sukan Dan Kebajikan JKR Kesedar dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Riadah, CKUB (KKRia) telah menganjurkan Kursus Sistem JKR E-Tender (JET) Modul Konvensional yang diadakan selama dua (2) hari dari 12 November 2024  hingga 13 November 2024 di H Elite Hotel Design, Kota Bharu, Kelantan. Program ini telah melibatkan 80 peserta dan 13 syarikat pembekal.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Ir. Rizalman bin Darus, Pengarah JKR Kesedar dan dimeriahkan dengan kehadiran jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta.

Alt

adminjkr


Melayu

Kuantan, 8 November 2024 - Satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Aku Janji kepada kontraktor berjaya bagi Projek Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Pahang, telah diadakan bagi projek sepertimana dibawah :-  

BIL

PERKARA / PROJEK

Alt

adminjkr


Melayu

12 November 2024, Selasa – Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2024 (HPTN 2024) Peringkat Negeri Pahang telah diadakan dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi, Kuantan, Pahang. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang. Turut hadir bersama adalah YBrs. Tuan Ir. Haji Rosnan Bin Hussin, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang; YBrs.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman