Seluruh warga JKR Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai di atas kenaikan pangkat. Semoga dengan perlantikan ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 5 Julai 2018.
Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan pemangkuan YBrs. Ar. Zairul Azidin Bin Badri ke Gred Utama A (Memangku) sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Bangunan) mulai 6 Julai 2018. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 5 Julai 2018.
Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan penempatan semula YBrs. Ir. Kamaluddin bin Abd. Rashid sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Pakar) Gred Utama A (Memangku) mulai 6 Julai 2018. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 5 Julai 2018.
Sukacita dimaklumkan bahawa Cement & Concrete Association (C&CA) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dan CIDB Malaysia akan menganjurkan Seminar on Cement and Concrete Applications - Road sepertimana ketetapan berikut:
Seluruh warga JKR Malaysia merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan YB Tuan Baru Bian sebagai Menteri Kerja Raya dan YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya yang baharu.
Kedua-duanya telah mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli jemaah menteri pada 2 Julai 2018 di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V di Istana Negara.
Semoga Kementerian Kerja Raya serta agensi di bawahnya terus cemerlang di bawah kepimpinan baharu ini. Tahniah sekali lagi diucapkan.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. NOR AZMAN BIN ISMAIL, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE) yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Julai 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. PN. ROZIAH BINTI MD. SAAD, ARKITEK PENGUASA KANAN, CAWANGAN ARKITEK, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Julai 2018.
Adalah dimaklumkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) JKR telah mewujudkan sistem permohonan secara atas talian bagi permohonan kelulusan perjalanan keluar negara atas urusan persendirian bagi mengerjakan ibadah haji mulai tahun 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Sr Azmah Binti Abdullah, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 25 Jun 2018.
Tahniah kepada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) kerana kejayaan mendapat pengiktirafan bidang Kejuruteraan TVET, dengan termeterainya Perjanjian Sydney & Dublin, perjanjian pengiktirafan bersama antarabangsa untuk Kejuruteraan TVET di International Engineering Alliance Meeting 2018, 24-29 Jun 2018 di Millennium Gloucester Hotel, London.
Pengiktirafan ini merupakan penanda aras penting serta menjadi tonggak untuk pendidikan berkualiti di arena global untuk Malaysia. Tahniah sekali lagi diucapkan.