Majlis penyerahan Garaj Utama Kenderaan 8x8 dan Kenderaan Pasukan Di Kem Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan telah diadakan pada 3hb Mei 2018 (Khamis) pada jam 9.00 pagi bertempat di Garaj Utama Kenderaan 8x8 tersebut.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Abdul Karim Bin Mohd Tahir, Pengarah JKR Negeri Sembilan selaku Pengarah Projek kepada Leftenan Kolonel Amran Bin Alias, Pegawai Pemerintah Kem 2 Amor, Kem Sunggala Port Dickson selaku pengguna projek ini.
Pada 3 Mei 2018 (Khamis), delegasi seramai 10 orang daripada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Ibu Pejabat JKR yang diketuai oleh YBrs. Ir. Gopal Narian Kutty, Pengarah Kanan CKM, telah mengadakan kunjungan mesra ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia di Putrajaya. Turut mengiringi Pengarah Kanan CKM ialah YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Pengarah Khidmat Pakar CKM, YBrs. Ir. Mamat Rohizan bin Abdullah, Pengarah Rekabentuk CKM, dan beberapa pegawai kanan CKM.
Majlis penyerahan Bangunan Ibu Pejabat Penjara Malaysia Kajang, Selangor Darul Ehsan telah diadakan pada 3hb Mei 2018 (Khamis) di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia Kajang, Selangor Darul Ehsan pada jam 2.30 petang.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. MUHAMAD BIN ADAM, TIMBALAN PENGARAH TEKNIKAL, BAHAGIAN TEKNIKAL, JABATAN AUDIT NEGARA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 6 Mei 2018.
National Seminar On Sustainable Development - The Future We Want telah berlangsung pada 24 – 25 April 2018 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur. Seminar dua (2) hari tersebut adalah anjuran bersama Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, JKR dan Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM).
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. AHMAD TAJUDDIN BIN MOHD YUSOF, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Mei 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. ABDUL RAZAK BIN YAACOB, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Mei 2018.
MesyuaratLembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam(LKPPA) bil. 2/2018 telah meluluskan sembilan (9) Bidang Kepakaran SME bagi Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Dengan ini, JKR Malaysia mempelawa calon-calon di bawah penyeliaan JKR yang berkelayakan untuk memasuki laluan ini dan menjadi Pegawai SMEJKRMalaysia bagi bidang-bidang kepakaran berikut:
Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat Ibu Pejabat JKR mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional untuk memohon kenaikan pangkat secara Fast Track (rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2016 Bertarikh 20 Disember 2016).
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan permohonan JKR untuk menggunapakai Jadual Kadar Kerja (JKK) Elektrik 2018berkuatkuasa mulai 1 April 2018 untuk tempoh dua (2) tahun.