Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, Tuan Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool telah menerima kurniaan darjah kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang tahun 2018 sempena sambutan Ulang Tahun ke-80 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang , Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas pada 14 Julai 2018 tempoh hari. Majlis penyampaian darjah kebesaran tersebut telah disempurnakan pada 18 Julai 2018.
PUBLIC WORKS DESIGN FORUM (PDF) 2018 PADA 9 & 10 OGOS 2018
Pihak CREATE dan Cawangan Arkitek (CA) IPKR sekali lagi melaksanakan secara kolaborasi program Seminar Public Works Design Forum (PDF) 2018 pada 9 & 10 Ogos 2018 di CREaTE Alor Gajah,Melaka.
Seluruh warga JKR Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai di atas kenaikan pangkat. Semoga dengan perlantikan ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memberikan komitmen kepada kecemerlangan JKR. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 20 Julai 2018.
Berikut adalah pegawai-pegawai yang terlibat untuk kenaikan pangkat;
Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Geoteknik dengan kerjasama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkan Seminar on Challenges in Design and Construction on Soft Ground seperti mana ketetapan berikut:
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada JKR Malaysia kerana telah menerima Anugerah Penghargaan Pengguna Aktif Aplikasi Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) di Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-8, 10-11 Julai 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), anjuran Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.
Persidangan hari kedua dimulakan dengan ucaptama yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri KPKR. Antara intipati ucapan yang disampaikan oleh YBhg. DSKPKR seperti berikut;
Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC) Tahun 2018 bertemakan “ASPIRASI JKR PADA ERA REVOLUSI INDUSTRI (IR) 4.0” diadakan pada 7 - 9 Julai 2018 bertempat di Alor Setar, Kedah. Tema ini signifikan dan bertepatan dengan Aspirasi Pegawai JKR Malaysia dalam meneroka masa depan untuk menempuh dan mendepani IR 4.0 yang bakal tiba.
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat YBRS. Ir. ZULKIFLI BIN AHMAD, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN (J54) KE JURUTERA MEKANIKAL GRED UTAMA C KHAS UNTUK PENYANDANG, KETUA PASUKAN PROJEK, PASUKAN PENGURUSAN PROJEK, KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI berkuat kuasa mulai 7 Julai 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ir. ZULKIFLI BIN AHMAD, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 Julai 2018.
Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Mekanikal pada 11 Februari 1985 dan ditempatkan di JKR Worksyop Persekutuan. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;