Program pensijilan ini adalah terbuka kepada semua pegawai yang berkelayakan dalam bidang berkaitan berdasarkan kepada syarat-syarat seperti mana yang dinyatakan dalam garis panduan program pensijilan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengiktiraf pengetahuan, kekompetenan dan kepakaran pegawai dalam bidang tertentu berdasarkan kepada piawaian yang telah ditetapkan.
Adalah dimaklumkan Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (BKK, CDPK) telah membuat cetakan kedua Buku Maklumat Asas JKR. Jutaan terima kasih diucapkan kepada editor – editor daripada Bahagian dan Cawangan Ibu Pejabat JKR yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku ini.
Secara keseluruhannya, isi kandungan Buku Maklumat Asas telah dimurnikan bertujuan sebagai rujukan segera kepada pegawai – pegawai JKR untuk membolehkan capaian fakta yang cepat dan tepat dalam menjalankan tugas seharian.
Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) telah mengadakan Kunjungan Jalinan Mesra ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang bertempat di Presint 7, Putrajaya pada 11 Jun 2018.
Majlis Menyantuni Ibu-ibu Tunggal dan Anak - anak Yatim warga kerja JKR Ibu Pejabat telah diadakan pada 8 Jun 2018 (Jumaat), jam 2.30 petang bertempat di Tingkat 2, Blok G, Menara Kerja Raya.
Majlis penyerahan KUARTERS INTEGRASI KLANG, HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH (HTAR) telah diadakan pada 5hb Mei 2018 (Selasa) di tapak projek pada jam 2:30 petang.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Ir. Ruslan Bin Abdul Aziz, Pengarah JKR Negeri Selangor selaku Pegawai Penguasa kepada Y.Bhg. Dato’ Dr. Khalid Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), selaku wakil Pelanggan.
Majlis Penyerahan Sijil Sistem Pengurusan Bersepadu JKR yang melibatkan Sijil Sistem Pengurusan Kualiti, Sijil Pengurusan Alam Sekitar dan Sijil Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan telah berlangsung dengan jayanya semasa Mesyuarat Pengarah (MP) JKR Malaysia Bil 4/2018 pada 6 Jun 2018 di Bilik Berlian Menara Kerja Raya Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. PN. WAN MAZIAH BINTI WAN NOH, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, CAWANGAN JALAN, IP JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 Jun 2018.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. HJ. ZULKEFLY BIN HJ IDRIS, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, UNIT PROJEK KHAS ZON SELATAN 2, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 26 Mei 2018.