Seluruh warga Jabatan Kerja Raya (JKR) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YM Raja Ismail Bin Raja Uda, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Ibu Pejabat JKR Malaysia yang telah bersara pilihan sebagai penjawat awam pada 1 April 2017.
Audit Pemantauan SIRIM 2017 Sistem Pengurusan Tenaga MS ISO 50001:2011 bagi Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia yang telah berlangsung pada 22-23 Mac 2017 di Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 5, Blok F.
Sistem Pengurusan Tenaga ini dilaksanakan oleh Pasukan Pengurusan Tenaga IPJKR Malaysia yang terdiri daripada CASKT,CSFB,CKM,CKE,CA dan CDPK Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Y.Brs. Puan Zan Fatimah Binti Maon, Pengarah Bahagian Reka Bentuk Dan Pembangunan Kepakaran Cawangan Arkitek yang akan bersara pilihan dari perkhidmatan awam bermula pada 1 April 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
28 MAC 2017 (SELASA) - Bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-11, Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (PROJKRM) telah mengadakan Program ’Chit Chat’ Ketua Pengarah Kerja Raya Bersama Pegawai Profesional Muda JKR Malaysia bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid Kementerian Kerja Raya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua pegawai profesional JKR terutamanya golongan muda (berumur 45 tahun ke bawah) untuk memberi pandangan terus kepada YBhg.
JKR sekali lagi melakarkan kejayaan dalam pameran dan pertandingan inovasi peringkat kebangsaan di National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2017 yang telah berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah pada 21 hingga 23 Mac 2017.
Mesyuarat Pegawai Integriti JKR Malaysia Bil 1/ 2017 yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Audit dan Integriti (BAI), Cawangan Dasar Dan Pengurusan Koprat (CDPK) telah diadakan dengan jayanya pada 15 hingga 17 Mac 2017 di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Langkawi.