Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Sr. Md Fauzi bin Md Rejab, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia yang telah bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 16 April 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
Beliau telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1980 di Cawangan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Ucapan setinggi tahniah kepada Jurutera Daerah Hilir Perak, En Abdul Rani bin Harun di atas Pentauliahan beliau sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integriti Officer (CeIO)).
Majlis Konvokesyen ini telah berlangsung pada 11 April 2017 bertempat di IIUM, Cresent oleh Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Turut hadir adalah Dato’ Sri Ir Dr Roslan bin Md Taha, KPKR.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sr. Dr. Muhammad Imran Bin Zin Zawawi , Jurukur Bahan Kanan (J48) kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian Ph.D beliau dan dianugerahkan Ijazah "Doctor Of Philosophy " pada 30 Mac 2017 oleh UNIVERSITY OF SALFORD MANCHESTER, UNITED KINGDOM.
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, YBhg. Dato’ Ir. Hj Mohd Fazli Bin Osman telah mengadakan lawatan kerja ke JKR Perak, Kedah dan Pulau Pinang pada 20, 26 & 27 Mac 2017.
Program lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat kemajuan projek di tapak serta mendapatkan maklumbalas ke atas isu-isu dan risiko ke atas pelaksanaan projek. Taklimat kemajuan projek telah disampaikan oleh semua Wakil Penguasa Projek di tapak.
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, YBhg. Dato’ Ir. Hj Mohd Fazli Bin Osman telah mengadakan lawatan kerja bagi program Sekolah Dhaif bagi Semenanjung Malaysia di Negeri Sembilan & Melaka pada 23 & 24 Feb 2017, Pahang & Johor pada 6 & 12 Mac 2017.
Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia 2017 yang dijadualkan berlangsung di Negeri Melaka, Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut :
NEW DELHI, 4 April 2017 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini. Diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, beliau menandatangani plak perasmian untuk kompleks bernilai RM121 juta itu. Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Dato’ Sri Zohari bin Hj Akob (KSU KKR), Dato’ Sri Ir.Dr.
Dimaklumkan bahawa Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kemajuan Kerjaya, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya sedang menjalankan urusan pemangkuan bagi Kumpulan Pelaksana seperti berikut:
Setinggi tahniah diucapkan kepada YBrs.Pn. Ana Salmi bt Ahmad Salman, Jurutera Elektrik Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Malaysia yang telah memenangi Lightmongers UCL Award 2016/17 dari University College London.
Anugerah ini diberi berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Lightmongers Education sub-Committee, United Kingdom.
Pada 30 mac 2017 (khamis) satu sesi taklimat Program Kelayakan Profesional Bertauliah JKR Bersama IEM telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar Ybhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman.