Mesyuarat Tahunan Jurutera Mekanikal Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2017 telah diadakan pada 3hb. hingga 5hb. Mei, 2017, bertempat di Institut Semarak Felda (ISEF), Bandar Baru Bangi, Selangor bertemakan 'Deliver With Quality'. Tema ini telah dipilih bersesuaian dengan usaha JKR memfokuskan penyampaian kerja yang berkualiti serta berinovasi melalui kakitangan berkompetensi tinggi. Seramai hampir 150 orang Jurutera Mekanikal telah menghadiri mesyuarat ini termasuk yang berkhidmat di JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader dipelbagai Kementerian.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia di atas pencapaian cemerlang bagi pengiktirafan lima bintang (99.20%) untuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2016 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2017 telah berlangsung pada 8 Mei 2017 bertempat di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Zainal Rahim bin Seman.
Majlis pelancaran Program Integriti, EKSA, dan Pembangunan Lestari serta Gotong Royong Perdana CREaTE 2017 telah berlansung pada 11 Mac 2017 bertempat di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Majlis telah dihadiri oleh tetamu kehormat YBrs. Ir. Abdul Mutalif Bin Abdul Hameed, Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan CREaTE mewakili YBrs. Ir. Dr. Che Hassandi Bin Abdullah, Pengarah Kanan CREaTE diiringi oleh Ir. Fithry Bin Mohd Amir, Ketua Bahagian Pengurusan Aset Dan Korporat CREaTE, Ir.
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Pakar, YBhg. Dato' Ir. Mohd Fazli bin Osman telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembinaan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Serdang, Selangor pada 2 Mei 2017. Lawatan ini juga telah dihadiri oleh Ir. Hj. Zainal Abidin bin Saidun, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan (PCKP) selaku Pengarah Projek.
Seluruh Warga JKR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Hj. Mohd Halimi bin Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 2, JKR Malaysia yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 10 Mei 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Mohamed Hafiz bin Mansor, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 06 Mei 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 16 April 1984.
Sukacita dimaklumkan bahawa satu pameran inovasi antarabangsa iaitu 28th INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX) akan diadakan pada 11 – 13 Mei 2017 bertempat di PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR (KLCC).
YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) telah mengadakan lawatan kerja dan pemantauan projek-projek di Negeri Kelantan selama dua (2) hari pada 30 April 2017 dan 1 Mei 2017. Antara program lawatan YBhg. Tan Sri KSP adalah ke projek yang dilaksanakan oleh JKR iaitu Projek Pembinaan Padang Bola Sepak Tiruan (Artificial Turf) di Kompleks Sukan Padang Perdana Kota Bharu, Kelantan. YBhg.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. En. Rosslan bin Ramli , Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), JKR Malaysia yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 1 Mei 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 19 November 1984.
Seminar KConnect 2017 yang bertemakan Knowledge Sharing & Learning For Continuous Improvement telah berlangsung dengan jayanya pada 25 April 2017 bertempat di Conference Hall 1, Sasana Kijang, Bank Negara. Seminar sehari ini merupakan jalinan usahasama di antara Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Knowledge Connection Sdn. Bhd. (KCSB).