JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada YB Menteri Kerja Raya, Dato' Sri Fadillah Yusof di atas penganugerahan 'Professional Of The Year 2016' di dalam majlis pembukaan Kongres dan Pameran Serantau IRF Asia Ke-2 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober 2016.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya JKR Malaysia, di atas pengurniaan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob sempena Sambutan Ulang tahun yang ke-78 pada 16 Oktober 2016.
Seluruh warga JKR berbangga dengan pengurniaan ini yang menunjukkan pengiktirafan kepada anak kelahiran Negeri Melaka dalam memberikan sumbangan di peringkat yang tertinggi kepada negara.
Seminar Pengurusan Fasiliti Sektor Awam 2016 anjuran Bahagian Perundingan Pengurusan Aset telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 12 dan 13 Oktober 2016 bertempat di Dewan Auditorium, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah di atas pengurniaan Darjah Seri Melaka (DSM) kepada YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Pengarah Khidmat Pakar Cawangan Kejuruteraan Mekanikal oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob pada 15 Okt 2016.
Warga JKR berbangga dengan penganugerahan ini yang secara tidak langsung telah turut menaikkan imej JKR.
JKR Malaysia mengucapkan setinggi tahniah di atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada YBhg. Dato' Othman bin Nordin, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang oleh KDYMM Sultan Pahang pada 15 Oktober 2016.
Warga JKR berbangga dengan penanugerahan ini yang membuktikan pengiktirafan kerajaan kepada sumbangan JKR yang telah diberikan diperingkat negeri.
SURAT PERINGATAN: PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI POLITIK DAN AKTIVITI YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG SERTA BERTENTANGAN DENGAN NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. Dato' Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Jurutera Awam Gred Utama A (M) berkuatkuasa 07 Oktober 2016.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dirujuk kepada beliau.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Ar. Prof. Datuk Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (Gred Utama A - Khas Untuk Penyandang), JKR Malaysia kerana telah dinaikan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Gred Utama A berkuatkuasa mulai 07 Oktober 2016. Watikah pelantikan sebagai TKPKR (Sektor Bangunan) telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia pada 14 Oktober 2016.