Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Ir. Aminuddin bin Md Yusuf, Ketua Penolong Pengarah kanan, Bahagian Rekabentuk Geoteknik Jalan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik JKR Malaysia yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 10 November 2016.
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 16 Jun 1983 , di Cawangan Rekabentuk Penyelidikan Kuala Lumpur.
Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga (CASKT), JKR Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) di bawah projek Building Sector Energy Efficiency Programme (BSEEP), telah merintis kerjasama dengan Pertubuhan Alam Sekitar EcoKnights Kuala Lumpur dan Selangor (Eco Knights) untuk memperkasakan kesedaran awam tentang kecekapan tenaga di dalam bangunan.
Sekalung Tahniah kepada CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN, JKR kerana telah berjaya menyiapkan Projek Pembinaan Struktur Bangunan Dan Kemudahan Di Batuan Tengah Di Kawasan Perairan Negeri Johor (Reka & Bina) dengan kos lebih RM61.5 juta. Majlis penyerahan projek ini telah berlangsung pada 8 November 2016 bertempat di Bilik Berlian, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur. Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md.
Cawangan Arkitek selaku Urusetia Induk telah menganjurkan Mesyuarat Ketua Disiplin Arkitek Bersama Arkitek JKR Malaysia 2016 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 31 Oktober dan 1 November 2016 yang lalu. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli B. Osman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan telah dihadiri oleh 221 orang Arkitek dari JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Pejabat Kader.
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti kepada YBhg Dato' Ir. Jayawant A/L Vithal, Pengarah, Pasukan Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang akan bersara sebagai penjawat awam pada 09 November 2016.
YBhg Dato' Ir. Jayawant A/L Vithal telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1980.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) dengan membawa gelaran Dato' sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Program Gotong-royong Perdana dan Amalan 3R telah diadakan pada 4 November 2016 (Jumaat) yang lalu bertempat di Ruang Legar Kafetaria, Aras 3, Menara Kerja Raya (Blok G). Program tersebut merupakan salah satu kriteria penilaian Audit Persijilan EKSA.
3 November 2016 - Majlis Meraikan Pesara Kakitangan JKR Malaysia telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid Kementerian Kerja Raya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan serta jasa bakti kakitangan JKR kepada jabatan sepanjang tempoh perkhidmatan.