Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bil. 5 Tahun 2016 telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Hasnul bin Mohamad Salleh sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Gred Utama A berkuatkuasa 14 September 2016.
Seluruh warga JKR mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut. Sesungguhnya kenaikan pangkat ini pastinya akan memantapkan lagi JKR sebagai sebuah agensi teknikal negara yang disegani.
JKR Johor akan menganjurkan Hari Terbuka JKR Johor 2016 yang akan berlangsung pada 7 dan 8 November 2016 bertempat di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Johor, Taman Nusantara,Gelang Patah bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin.Oleh yang demikian, Seluruh warga JKR Malaysia dijemput hadir beramai-ramai ke Hari Terbuka JKR Johor 2016.
JKR Malaysia mengucapkan tahniah di atas pelantikan YBrs. Ir. Ruslan bin Abd Aziz sebagai Pengarah JKR Negeri Melaka berkuatkuasa 19 Oktober 2016. Semoga JKR Melaka akan terus maju dan cemerlang di bawah kepimpinan YBrs.Ir. Ruslan bin Abd Aziz. Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dirujuk kepada beliau.
JKR Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang Anugerah Inovasi 2016 Kementerian Kerja Raya. Anugerah telah disampaikan kepada para pemenang oleh YB Dato' Sri Hj. Fadillah bin Hj. Yusof, Menteri Kerja Raya di Program hari Inovasi 2016, Kementerian Kerja Raya yang telah berlangsung pada 27 Oktober 2016 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.
Berikut senarai pemenang Anugerah Inovasi 2016, Kementerian Kerja Raya:
ANUGERAH KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK), BAGI KATEGORI TEKNIKAL
Satu Majlis Penyerahan Projek Pemulihan Dan Peningkatan Kem Tentera Darat Di Kem 3 Rejimen Renjer Diraja Oya, Sibu, Sarawak (Reka & Bina) telah berlangsung dengan jayanya di bangunan Markas Batalion pada 21 Oktober 2016. Penyerahan bangunan telah disempurnakan oleh Ir. Tan Tiong Ben, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan(CKS), JKR kepada wakil pelanggan, Brigedier Jeneral Datuk Jamaluddin bin Jambi, Kementerian Pertahanan Malaysia.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Ahmad Firdauz Bin Abdul Mutalib, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia kerana telah dianugerahkan Ijazah “Doctor Of Philosophy (Facilities Management)” di dalam Majlis Konvokesyen Ke-57 Universiti Teknologi Malaysia pada 22 Oktober 2016.
Pada 24hb Oktober 2016 jam 3.00 petang, Dato' Sri KPKR bersama rombongan 10 orang pegawai JKR dan KKR telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat SPRM di Tingkat 7, Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Sri Ar. Dr. Amer Hamzah b Mohd Yunus, TKPKR (Sektor Bangunan), di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 24 Oktober 2016 di di Istana Abu Bakar, Pekan yang membawa gelaran Dato' Sri.
Seluruh warga JKR berbangga dengan pengurniaan ini yang menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap kepimpinan dan sumbangan beliau kepada profession arkitek negara.
Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui surat bertarikh 17 Oktober 2016, telah mengeluarkan arahan penanggungan kerja jawatan Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia kepada YBrs. Ir.
Pada 20 Oktober 2016, Seramai 8 orang delegasi daripada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Ibu Pejabat JKR yang diketuai oleh YBrs. Ir. Nasir bin Abdul Hamed, Pengarah Kanan CKM, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia di Wilayah Persekutuan Putrajaya.