Melayu

Jabatan Kerja Raya telah membangunkan aplikasi Pengenalpastian Kompetensi (Competency Identification, CI) bagi mengukur tahap kompetensi yang dimiliki oleh pegawai berbanding kompetensi jawatan. Hasil daripada penilaian ini, profil kompetensi sumber manusia di JKR akan diperolehi untuk pengurusan sumber manusia.

sably


Melayu

Majlis Solat Hajat dan bacaan Yaasin bagi mendoakan kesihatan YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Hj. Zaini Omar telah diadakan pada 13 Okt 2016 jam 8.30 pagi bertempat di Surau tingkat 3, Menara Kerja Raya. YBhg. Tan Sri Dato' sedang dirawat di Hospital University Munich, German selepas berlaku komplikasi paru-paru semasa mengadakan lawatan ke sana mewakili satu GLC.
 
Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Dato Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, pengurusan tertinggi JKR serta kakitangan JKR muslimin dan muslimat.

sably


Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat Pegawai-Pegawai berikut ke Gred Utama JUSA B dan JUSA C

sably


Melayu

Pada satu wawancara semasa Majlis Hari inovasi JKR Malaysia yang telah diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan YBhg Dato Sri Ir. Dr Roslan Md Taha, Ketua Pengarah JKR Malaysia menyatakan bahawa JKR Malaysia sedang mengadakan Hari Inovasi JKR Malaysia dengan tema "Inovasi Pemangkin Prestasi". Beliau kemudian menerangkan mengenai satu daripada produk inovasi yang telah berjaya dipaten dan dikomersilkan, iaitu ‘Median Night Reflector Post’, dicipta oleh Pn Siti Saharah Zainal Abidin, warga JKR Kerian, Perak.

sably


Melayu

Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai yang telah terpilih untuk kenaikan pangkat. JKR percaya kenaikan pangkat ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk meningkatkan lagi perkhidmatan demi merealisasikan Visi dan Misi JKR.
 
Justeru, diharapkan semua warga JKR dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam semua urusan dan tugasan mereka untuk kejayaan JKR. Berikut adalah pegawai-pegawai yang terlibat untuk kenaikan pangkat:

sably


Melayu

Hari Inovasi JKR 2016 telah melabuhkan tirainya pada hari kedua dan diakhiri dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh YBhg Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Antara pengisian aktiviti pada hari kedua ini adalah :

i) Slot ceramah yang bertajuk “Rahsia Inovasi Bernilai Tinggi” disampaikan oleh YBrs. Dr Zulhasni bin Abdul Rahim dari PROTON Malaysia.
ii) Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan Panel Anugerah
iii) Sesi Penyampaian Pemenang Anugerah JKR Malaysia

sably


Melayu

Majlis Perasmian Hari Inovasi JKR Tahun 2016 telah diadakan pada 10-11 Oktober 2016 (Isnin-Selasa) bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh Perak Darul Ridzuan. Penganjuran Hari Inovasi JKR 2016 menunjukkan komitmen utuh jabatan menyemarakkan aspek kreativiti warga kerja jabatan secara berterusan dalam penerapan budaya inovasi yang berkualiti.

sably


Melayu

Seminar IBS 2016 telah diadakan pada 29 September 2016 bertempat di Institut Sosial Malaysia, Kuala Lumpur bertemakan 'Driving Excellence With IBS'. Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman. Peserta seminar yang terlibat adalah daripada pelbagai cawangan di ibu pejabat, create, jkr negeri dan agensi pusat spt ICU (seminar 2015 utk kakitangan CKAS shj).Antara objektif seminar ini adalah:

a.  Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelaksanaan IBS

sably


Melayu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sr. Dr. Wan Azlina Binti Hj. Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, Ibu Pejabat JKR Malaysia kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian Ph.D beliau dan dianugerahkan Ijazah "Doctor Of Philosophy in Law" pada 29 Ogos 2016 oleh UNIVERSITY OF STRATHCLYDE, GLASGOW, SCOTLAND. Beliau telah menyempurnakan kajian bertajuk “Regulatory Framework for Adjudicators in the Malaysian Construction Industry”.

SETINGGI TAHNIAH diucapkan.

sably


Halaman-halaman