Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menerima kunjungan daripada pasukan teknikal Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) masing-masing pada 13 September dan 18 September 2024. Bagi tujuan lawatan tersebut, satu sesi perkongsian telah dilaksanakan melalui pembentangan pelaksanaan BIM di JKR yang telah diketuai oleh Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai dan Ts. Zainariah binti Zainal Abidin.
Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Tawaran Semula Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Kem Wawasan Negara Langkawi, Jalan Batu Asah, Langkawi, Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya pada 09 September 2024 (Isnin). Majlis tersebut dilaksanakan di Auditorium Mahsuri, Pusat Latihan Kenegaraan, Langkawi, Kedah Darul Aman.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. IR. MOHD SUHAILI BIN ISMAIL yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 17 September 2024.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Awam (Tingkatan Biasa) di Cawangan Bekalan Air Malaysia pada 2 Oktober 1985.
Beliau juga telah berkhidmat lebih 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
16 September adalah tarikh istimewa sempena penubuhan Malaysia seterusnya meraikan perpaduan dan kepelbagaian budaya.
Perpaduan adalah antara kunci utama selain jiwa yang merdeka untuk membangunkan sebuah negara bangsa, di mana rakyatnya sentiasa berdiri teguh dengan nilai-nilai murni dan keadilan. Marilah kita bersama-sama meraikan perpaduan dan keharmonian tanah air tercinta.
Selamat Menyambut Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia.
Salam Maulidur Rasul 1446H, JKR Malaysia mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (Riwayat Al-Nasai & Ibnu Hibban)
Bersama-sama kita mencontohi keperibadian mulia Rasulullah S.A.W. dan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda. Semoga kita semua juga sentiasa berada di jalan kejayaan serta kesejahteraan dunia akhirat.
4 September 2024 (Rabu), bertempat di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Tingkat 14, Menara PJD Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan rasmi pelantikan Wakil Pegawai Penguasa (Utama) bagi projek di bawah Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1) iaitu Projek Menaiktaraf Dan Memulihara Bangunan Canseri Kediaman Rasmi Dan Kuarters HBS Di Suruhanjaya Tinggi Malaysia Di Singapura.
Pada 03 September 2024 (Selasa), satu sesi libat urus antara YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia bersama Ahli Majlis Tindakan Kader (MTK) telah berlangsung di Ibu Pejabat JKR Malaysia. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK), wakil daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya (KKR), wakil daripada Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB) dan juga wakil daripada bahagian CDPK.
Pada 2 September 2024, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) JKR telah menganjurkan Seminar Pengurusan Projek 2024 dengan tema “Memperkukuh Pelaksanaan Projek JKR”. Seminar ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Ballroom 3, Hotel Raia, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Objektif seminar adalah untuk meningkatkan pengetahuan Pasukan Projek melalui perkongsian pengalaman dan cabaran yang dihadapi di dalam pengurusan projek.
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi projek daif selangor (2020) - pembinaan 4 bilik darjah baharu, 2 tandas, dan penyelenggaraan bumbung di sk bandar baru bangi, selangor telah diadakan pada 5 September 2024 (Khamis) di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs.Ir. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Negeri Selangor kepada YBrs. Puan Noriyah binti Kandar, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia.