Selari dengan saranan YAB Perdana Menteri untuk reformasi perkhidmatan awam (civil service reform), penjawat awam disaran meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam, meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan dan meningkatkan daya saing negara.
Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya BiGBen, telah ditubuhkan pada 22 November 2008 yang berperanan sebagai ‘One Stop Centre’ pengurusan maklumat kejadian bencana seperti banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak/ runtuh, yang melibatkan jalan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya iaitu Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.
Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Menyiapkan Baki Kerja Cadangan Hospital Bachok (76 katil) telah disempurnakan pada 11 Oktober 2024 (Jumaat). Projek Bangunan Hospital (76 Katil) yang dilaksanakan ini terdiri daripada blok hospital 3 tingkat yang mengandungi ruang berikut iaitu :,
Mesyuarat Penyelarasan Ahli Jawatankuasa Antara Agensi Kerajaan Bagi Pengurusan Cerun/ Inter-Governmental Agency Committee For Slope Management (ICSM) kali ke -18 dan Majlis Pelancaran Garis Panduan Pemetaan Bahaya Dan Risiko Cerun (Area-Based) & (Linear-Based) telah diadakan di Cameron Highlands, Pahang pada 9 hingga 11 Oktober 2024. Majlis yang dianjurkan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.
Pada 7 Oktober 2024 (Jumaat), Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Membina Jalan Baru Dari Solok Ayer Limau Ke Kampung Jeram, Masjid Tanah, Melaka telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. HJ. Mohamad Salzeli Bin Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka kepada YBrs.
Tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada YBrs. Ir. Rizalman bin Darus, Jurutera Awam Penguasa Gred J52 di Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia di atas penempatan ke JKR Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) sebagai Pengarah Gred J52, berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2024.
Pada 11 Oktober 2024 (Jumaat), Majlis penyerahan dua (2) projek siap yang dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas 2, JKR Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya iaitu:
Program Libat Urus Cawangan Kerja Keselamatan (CKS), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Bersama Pelanggan bagi Tahun 2024 telah diadakan pada 10 Oktober 2024 bertempat di Dewan Kadaram, Tingkat 10, Maju Tower, Kuala Lumpur. Program telah dirasmikan oleh Ir. Maria binti Marcus, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) dan turut dihadiri oleh semua Ketua Bahagian di dalam Cawangan Kerja Keselamatan (CKS), iaitu Ir. Dr. Hannerita Binti Mohamad Zainal, Nor Aniza Binti Naimudin, Wan Zailawati Binti Wan Ishak, Ir.
Majlis Penyerahan bagi Lapan (8) Projek Siap JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan pada 9 Oktober 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dengan diiringi oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Norman bin Haji Md Rabani, Pengarah JKR WP Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa dan YBhg. Dato' Ir. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.
Tanggal 9 Oktober 2024, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) melalui Bahagian Pengurusan Kualiti (BPK) telah menerima satu kunjungan Penanda Aras Pengurusan Kualiti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS). Kunjungan ini telah disambut mesra oleh YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat bersama YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ir. Haji Abdul Rani bin Harun, Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti, CDPK. Seramai 11 orang pegawai dari JPS yang diketuai oleh YBrs. En. Khairul Anuar bin Abd.