01 Ogos 2024 (Khamis) – Majlis Penyerahan Separa Projek Menyiapkan Baki Kerja dan Kerja-Kerja Berkaitan Bagi Projek Pusat Latihan Polis Di Pelangai, Bentong, Pahang Darul Makmur telah berlangsung dengan jayanya.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah JKR Negeri Pahang selaku Pegawai Penguasa kepada YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Pada 30 Julai 2024 (Selasa) telah berlangsung satu perjumpaan dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali dan disertai oleh, Ketua Pengarah Pertanian YBhg. Dato' Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Perikanan, YBhg. Dato’ Haji Adnan Bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), YBrs. Encik Shamsul Akbar bin Sulaiman, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), YBrs.
Bengkel Pelan Induk Cerun Negara 2024: Pelan Tindakan 2025-2030 telah dilaksanakan pada 30-31 Julai 2024. Ucapan Perasmian Pengerusi ICSM (Ahli Jawatankuasa Antara Agensi Kerajaan bagi Pengurusan Cerun / Inter-Governmental Agency Committee for Slope Management) telah disampaikan oleh YBrs. Ir. Nor Asilah binti Ahmad, Jurutera Awam Penguasa Kanan yang menjalankan tugas Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Pada 31 Julai 2024 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pembaikan Dan Penyelenggaraan Bangunan Asrama Perempuan Blok A Dan Blok B Serta Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Kolej Vokasional Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan di Bilik Gerakan, JKR Wilayah Persekutuan Labuan.
Majlis Penyerahan bagi Projek Kerja Pembaikan Cerun Runtuh Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Premis Kuarters Beralamat JKR 2925, Jalan Persiaran Ledang, Bukit Ledang, Kuala Lumpur telah diadakan pada 31 Julai 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Jentayu, Aras 17, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
31 Julai 2024 - Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menerima kunjungan delegasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak yang diketuai oleh Yang Berusaha Ir. Ts. Gs. Br. Dr. Cassidy Anak Morris, Pengarah JKR Sarawak. Pihak CPAB yang diwakili oleh Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK) yang Menjalankan Tugas Pengarah Kanan CPAB mengetuai sambutan kunjungan ini dan meluangkan masa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pelaksanaan BIM di JKR. Turut hadir bersama Ts.
Pada 30 Julai 2024 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pemasangan dan Menaiktaraf Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan SMS Notifikasi CCTV Untuk Pejabat-Pejabat SPRM. Majlis Penyerahan SST tersebut melibatkan 3 pakej iaitu Pakej 1: Johor, Negeri Sembilan & Selangor , Pakej 2: Pahang, Kelantan & Terengganu dan Pakej 3: Melaka, Perak & Pulau Pinang.
31 Julai 2024 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Blok F, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek di bawah Cawangan Jalan melibatkan satu (1) projek di Kementerian Kerja Raya dan satu (1) projek di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sepertimana berikut:
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aduan (JKPA) JKR Malaysia 2024 telah dijalankan pada 30 Julai 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Nilam 1, Aras 1, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Blok Pakar Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan (Reka & Bina) - Tender Semula telah diadakan pada 24 Julai 2024 (Rabu) bertempat di Aras Mezzanine, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia