JKR Malaysia telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) JKR Malaysia bersama Komuniti pada 27 September 2024 (Jumaat) di Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan, Perak. Ini adalah tahun kedua berturut-turut diadakan Program CSR KKP yang bermula pada tahun 2023 dan Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan ini merupakan masjid yang kedua dipilih pada tahun ini selepas Masjid Seberang Takir di Kuala Terengganu.
Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (BPKS, CDPK) telah berjaya menganjurkan Sambutan Karnival Kesihatan Peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia Tahun 2024 pada 25 September 2024 (Rabu) bertempat di Aras Plaza, Blok G pada jam 9.30 pagi sehingga 2.30 petang.
Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Ecotourism Taman Paya Bakau Kina Benuwa Labuan (Fasa 2) Labuan telah diadakan di Tapak Projek, Taman Paya Bakau Kina Benuwa, Labuan pada 25 September 2024. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Faizul Bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR WP Labuan kepada wakil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBrs. En.
Adalah dimaklumkan, YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) berkuat kuasa mulai 25 September 2024.
Pada 23 September 2024 (Isnin) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Pelupusan Aset Alih Cawangan Kerja Kesihatan secara hadiah kepada Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Pelong, Setiu, Terengganu di Lobi Aras 23, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Tender bagi Pembinaan 10 Buah Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Terengganu telah diadakan pada 9 September 2024 (Isnin) di Aras 12, Bilik Gerakan, Ibu Pejabat JKR Negeri Terengganu,Terengganu.
Adalah dimaklumkan bahawa, YBhg. Dato’Ir. Haji Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) bersara wajib pada 21 September 2024. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Hj. Zulkifli bin Abdul Rashad akan menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), dimana yang berkenaan disamping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Berkuatkuasa mulai 23 September 2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. DATO’ Ir. HAJI BADIOEZAMAN BIN AB KHALIK yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 21 September 2024.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam Sementara (A18) di Jabatan Pengairan dan Saliran pada 26 November 1988 dan telah berkhidmat lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Adalah dimaklumkan bahawa Pengarah-Pengarah di Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Pengarah JKR Negeri Selangor akan menghadiri Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) Siri 82 Bil. 4/2024 di Institut Tadbiran Awam Negara, Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 20 September 2024 sehingga 18 Oktober 2024.
Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan telah bersara wajib pada 17 September 2024.
Sehubungan itu, YBrs. Ir. Haji Zakaria Bin Semail diarah menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Haji Zakaria Bin Semail berkuatkuasa pada 17 September 2024 sehingga jawatan diisi secara hakiki.