Melayu

Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST), Dokumen Kontrak secara 2 Dalam 1 dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi cadangan PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH BAHARU BACHOK, KELANTAN telah diadakan pada 14 September 2023 (Khamis) di Aras Mazzanine (Blok G) Menara KKR, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

sst mahkamah bachok kelantan

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Pecah Tanah bagi projek Pembinaan Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Keningau – Fasa 3 (Reka Dan Bina) telah berlangsung dengan jayanya pada hari Rabu, 13 September 2023 di tapak projek. Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Alt

adminjkr


Melayu

3 September 2023 – Berlangsung Persidangan Digital Sektor Awam (PDSA) 2023 bertemakan ‘Pendigitalan Perkhidmatan Awam : Nadi Kesejahteraan Negara’ bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

PDiSA 2023 telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.Jabatan Kerja Raya (JKR) menerima Anugerah Kecemerlangan Penggunaan Persidangan Video MygovUC 2.0 bagi Penghargaan Inisiatif Pendigitalan dan Anugerah KWAICT sempena PDiSA 2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Sukacita dimaklumkan, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah menyerahkan watikah pemangkuan Jurutera Awam Gred Turus III kepada YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) berkuatkuasa 2 Mac 2023 setelah menerima kenaikan pangkat ke Gred Utama A mulai 1 Mac 2023 daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 27 Julai 2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Penyelidikan dari Makmal Penyelidikan Jalan (MPJ) CREaTE.

 

Kertas kerja yang bertajuk ‘Latex Emulsion Crack Sealant As An Alternative Repair Material For Road Pavement: A Case Study In Malaysia’ telah dibentangkan di ‘Asia Australasia Road Conference: Advanced Technology Implementation Towards Sustainable Road Development’ di Labuan Bajo, Indonesia pada 24 – 27 Ogos 2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters 2F/2G, Padang Besar, Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada 5 September 2023 (Selasa) bertempat di Klinik Kesihatan Padang Besar, Perlis.

Alt

adminjkr


Melayu

Satu Sesi Kunjungan Hormat dan Libat Urus JKR Malaysia bersama JKR Sabah dan JKR Sarawak telah diadakan pada 12 September 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Kinabalu JKR Sabah.  Sesi Libat Urus yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab. Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah disambut mesra oleh oleh Tuan Philemon Lajawai, Timbalan Pengarah (Sektor Bangunan).  Turut menyambut bersama adalah Ir. Ts Dr Cassidy Anak Morris, Timbalan Pengarah Infrastruktur dari JKR Sarawak. 

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 5 September 2023 yang lalu bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah diberi penghargaan untuk menyampaikan Ucaptama bagi Project Management Conference 2023 (PROMAC 2023) yang dianjurkan oleh Institution of Engineers, Malaysia (IEM).

Alt

adminjkr


Melayu

Berkuatkuasa Januari 2024, Kursus Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK) menjadi SYARAT WAJIB bagi kontraktor Gred G7 yang ingin menyertai tender projek projek fasiliti kesihatan di bawah seliaan JKR.

Objektif kursus kompetensi kontraktor kesihatan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dalam aspek pengurusan dan pentadbiran khususnya di peringkat Pra dan Pasca Kontrak, mendedahkan kontraktor kepada isu, masalah dan ikhtibar (lesson learnt) serta menjelaskan harapan dan jangkaan Kerajaan terhadap prestasi kontraktor.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada tanggal 6 September 2023 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Perasmian Projek Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Bangunan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah.  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menyempurnakan perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Kota Kinabalu sempena lawatan Seri Paduka Baginda ke Sabah dalam program jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ bermula 3 September yang lalu

Alt

adminjkr


Halaman-halaman