Melayu

Majlis IEM 65th Annual Dinner and Night Award telah diadakan pada 1 Jun 2024 bertempat di Hotel One World, Petaling Jaya, dengan tema "ESG as Catalyst for Engineering Evolution”

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 5 Jun 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Berlian Aras 2, Menara Kerja Raya telah berlangsungnya satu Sesi Penyerahan Dokumen Laporan Pencapaian Pelan Strategik JKR Malaysia Tahun 2023 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya. Penyerahan dokumen tersebut berlangsung sejurus selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik dan Pengurusan Risiko Organisasi JKR Malaysia Bil. 1/2024.

Alt

adminjkr


Melayu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ir. Ts. Dr. Kuganeswaran a/l Nadarasa, Jurutera Awam Kanan (J48) dari Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP) kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian Phd beliau dan dianugerahkan Ijazah "Doctor Of Philosophy" pada 3 April 2024 oleh Universiti Teknologi Malaysia. Beliau telah menyempurnakan kajian bertajuk
“Geometrical Configuration Effect of Prefabricated Vertical Drain on Consolidation Rate"

Alt

adminjkr


Melayu

Menginjak hampir 23 tahun, istilah pengorbanan berulang dari Ipoh ke Kuala Lumpur tidak pernah diterjemahkan dalam nukil rasa yang penat dan bosan. Begitulah definisi yang senantiasa terpateri dalam kesumat jiwa pegawai JKR ini, YBhg. Sr Datuk Amran bin Hj. Mohd Majid.

Ruang lingkup antara masa bertemu jarak itu, seringkali dimanfaatkan sebaiknya dengan mengulang kaji bagi pengajian sarjana dan akhirnya berjaya menyiapkan tiga buah buku yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Shukri bin Ishak, Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia telah diluluskan cuti rehat bagi mengerjakan fardhu haji mulai 4 Jun 2024 sehingga 31 Julai 2024. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Hjh Rohaya Binti Abdul Mois, diarah menjalankan tugas Pengarah, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Abu Bakar bin Abd. Aziz, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Neger Johor telah diluluskan cuti rehat bagi mengerjakan fardhu haji Mulai 4 Jun 2024 sehingga 27 Julai 2024. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Zainal Bin Tumian diarah menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. berkuatkuasa pada 4 Jun 2024 sehingga 27 Julai 2024.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Hanizan binti Shafii, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah bersara wajib pada 30 Mei 2024. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Noor Ashikin Bt Md. Tamimi diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Noor Ashikin Bt Md Tamimi berkuatkuasa pada 30 Mei 2024 sehingga jawatan tersebut disi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. HANIZAN BINTI SHAFFII yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 30 Mei 2024.

Alt

adminjkr


Melayu

Kunjungan hormat delegasi dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Razli bin Che Razak, Naib Canselor  UMK telah diadakan pada 13 Mei 2024 (Isnin). Delegasi UMK turut dihadiri bersama oleh Prof. Madya Sr Dr. Shardy Bin Abdullah, Pengarah Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur, Sr Mohd Idzuan Bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Dan Pengurusan dan pegawai-pegawai UMK yang lain.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Anugerah JKR Malaysia telah diadakan sempena Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia Tahun 2024 pada 27 Mei 2024 (Isnin) yang bertempat di Hotel KSL Esplanade, Klang, Selangor. Majlis yang bertemakan #KitaJKR: Teguh Berdiri, Memenuhi Harapan telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman