Majlis penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi pelaksanaan Kerja-kerja Pemasangan Kuasa Elektrik Tetap Di Bukit Tagasan Semporna Untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di bawah seliaan Pasukan Projek Khas 2, JKR Malaysia telah diadakan pada 9 Mei 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna pada jam 10.00 pagi. Projek telah berjaya disiapkan 76 hari lebih awal dari Tarikh Siap Asal yang ditetapkan.
Tahniah diucapkan kepada Sr Dr. Wan Azlina Binti Ibrahim, Sr Khairil Nisaak Binti Osman dan Sr Dr. Muhammad Imran Bin Zin Zawawi dari Cawangan Kontrak & Ukur Bahan di atas pemilihan dan kejayaan menyumbangkan penulisan sebagai komentator untuk penerbitan CIDB Construction Law Report 2023 Edition. CIDB Construction Law Report yang diterbitkan oleh Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia setiap dua tahun sekali mengetengahkan ulasan kes-kes mahkamah berkenaan industri pembinaan.
Majlis penyerahan projek siap bagi kerja – kerja menaiktaraf sistem pepasangan elektrik di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Kampus Kuala Lumpur telah diadakan pada 30 April 2024 (Selasa) bertempat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang berlangsung pada jam 2.30 petang. Majlis telah disempurnakan oleh Ir. Hanizan Binti Shafii selaku Pegawai Penguasa dan Ybrs. En. Mursidi Bin Ahamad Timbalan Pengarah (Pentadbiran) mewakili HCTM selaku pihak pelanggan
Majlis penyerahan projek siap bagi projek Tender Semula Bagi Pembinaan Gantian Dan Naik Taraf Trek Sintetik, Padang Sekolah Serta Kerja-kerja Pembaikan Astaka Di Sekolah Sultan Alam Shah, Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diadakan pada 2 Mei 2024 (Khamis) bertempat di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh En. Robert Anak Albert Girik (Menjalankan Tugas Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya) dan Pn. Raha Binti Mohd Hafdzi mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia selaku pihak pelanggan.
Majlis penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi pelaksanaan Cadangan Pemasangan Sistem Solar di Bangunan dan Fasilti di Bawah Seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri di telah diadakan pada 25 April 2024 (Khamis) bertempat di Dewan Terbuka, Rumah Penginapan Persekutuan (RPP) Morib pada jam 8.00 petang. Projek telah berjaya disiapkan 10 hari lebih awal dari Tarikh Siap Asal yang ditetapkan.
Anugerah Mentor Menti Cemerlang JKR adalah merupakan inisiatif JKR sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pasangan mentor dan menti sepanjang pelaksanaan program ini selama 6 bulan. Seramai 30 pasangan mentor dan menti telah bertanding dalam Anugerah Mentor Menti Cemerlang (AMC) JKR Malaysia Tahun 2023. Di samping itu, Anugerah Penyelaras Terbaik Program Pementoran JKR Tahun 2023 turut dipertandingkan bagi menghargai sumbangan Penyelaras pementoran JKR dalam memastikan program berjalan lancar.
Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Jurutera Daerah Dan Sijil Penghargaan kepada mantan Jurutera Daerah bagi Tahun 2024 yang telah diadakan pada 26 April 2024 (Jumaat) bertempat di Aras 1, Blok G, Menara Kerja Raya.
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek Pembinaan Stor Rampasan Pejabat Penguatkuasaan Kastam Kuching, Sarawak (Tender Semula) telah diadakan pada 2 Mei 2024 (Khamis) di Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Aras 14, Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.
30 April 2024 - Satu sesi Kunjungan Hormat Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR Malaysia) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK Negeri Kelantan) telah diadakan pada 29 April 2024 di pejabat SUK Negeri Kelantan. Sesi Kunjungan Hormat JKR Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Infra) telah disambut mesra oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Nazran bin Muhammad. Turut hadir pada sesi ini adalah YBhg. Dato’ Ir. Hj.
Majlis penyerahan projek siap bagi projek Pembinaan Gantian Blok Asrama Perempuan Dan Lain-Lain Kemudahan Di SMK Tandek, Kota Marudu, Sabah telah diadakan pada 23 April 2024 (Selasa) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek yang berlangsung pada jam 10.00 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh Ir. Juvinia Augustine Zujip selaku Wakil Pegawai Penguasa (Utama) dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Encik Khairuddin Haji Jamal mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia selaku pihak pelanggan.