Melayu

Majlis penyerahan projek siap bagi Cadangan Membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis telah diadakan pada 26hb April 2024 (Jumaat) bertempat di Terminal Awam Bersepadu Negeri Perlis yang berlangsung pada jam 9.30 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Rusdi bin Yahaya selaku Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said selaku Pegawai Penguasa dan YBhg. Encik Fazlullah bin Abdul Azizi wakil daripada Northern Corridor Economic Region (NCER) selaku pihak pelanggan.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 10 Mei 2024 (Jumaat) bertempat di Lobi Bangunan Tambahan Hospital Baling, Kedah Darul Aman telah diadakan Majlis Penyerahan dua projek secara serentak iaitu Bangunan Tambahan Hospital Baling, Kedah dan Klinik Kesihatan Jenis 3 Kepala Batas, Kedah.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek NAIKTARAF BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT JALAN KUBU, MELAKA telah diadakan pada 17 Mei 2024  (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Emerald 2, Tingkat 20 Cawangan Kerja Keselamatan, Maju Tower, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Setinggi- tinggi ucapan tahniah di atas pengiktirafan hak cipta Sistem Pendaftaran dan Pelupusan Rekod dimana Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai pemunya dan Ir. Maria binti Marcus, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai pencipta. Penganugerahan Sijil Hak Cipta Sistem Pendaftaran dan Pelupusan Rekod ini telah didaftarkan ke dalam Daftar Hak Cipta menurut seksyen 26B Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332] pada 21 Mac 2024.

Alt

adminjkr


Melayu

15 Mei 2024 – Satu Mesyuarat Libat  Urus  bersama pihak  TNB  (Grid Division) dan JKR Malaysia berkaitan Pelaksanaan Kerja Berhampiran Menara dan  Di Dalam Jajaran Izin Lalu Talian Penghantaran Voltan Tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB)  bertempat di bilik mesyuarat Tingkat  5, Blok F, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra).

Alt

adminjkr


Melayu

15 Mei 2024 - Bertempat di Tingkat 12, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Dan Surat Setuju Terima (SST) 2 In 1, Cawangan Kejuruteraan Cerun bagi projek-projek Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia yang dilaksanakan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Shaifuddin bin Abdul Razak, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun.

Alt

adminjkr


Melayu

Jemputan Seminar

J A L A N  B A N D A R  @  P U L A U  P I N A N G  2 0 2 4

( U R B A N  R O A D  S E M I N A R  @  P E N A N G  2 0 2 4 )

“Infrastruktur Baik Memacu Pembangunan Negara”

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 15 Mei 2024 (Rabu), bertempat di Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Pelan Bisnes dan Pelan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) CDPK Tahun 2024-2025.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Dua Belas (12) Projek Siap JKR WP Kuala Lumpur telah diadakan pada 15 Mei 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 15 Mei 2024 (Rabu) telah berlangsung satu Kunjungan Hormat delegasi dari Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), YBrs. Tuan Mohd Daud bin Mohd Arif dan disertai oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, YBrs. Tuan Zuraidi bin Husain, Timbalan Pengarah Cawangan Logistik, YBrs. Tuan Arshad bin Mohd Nasir, Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Perolehan, YBrs. Puan Suhaila binti Alang Mahat serta Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Kewangan, YBrs. Puan Maniza binti Mahfuz.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman