Melayu

YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah meluangkan masa meninjau kemajuan kerja Projek Pembinaan Gantian Penuh 12 Bilik Darjah dan Lain-lain Kemudahan di SK Jalan Haji Baki, Padawan, Sarawak dalam lawatan rasmi beliau ke Kuching, Sarawak pada 11 Jun 2024 (Selasa). Turut hadir adalah wakil-wakil dari Kementerian Kerja Raya, Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan pasukan projek yang terdiri daripada Pasukan Projek Khas 2, JKR Malaysia, Perunding dan Kontraktor.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YM Tengku Nizam Bin Tengku Ismail yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 13 Jun 2024.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J41) di Cawangan Perubatan Dan Kesihatan pada 02 Jan 1996. Beliau telah berkhidmat lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 10 Jun 2024, telah diadakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pulau Indah (Fasa 2) – Melaksanakan Kerja-Kerja Menaik Aras Lintasan Rata Awam KTMB bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan (PKCJ).

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN SHARIFAH MUNA SYED MURTADZA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 24 Mei 2024 (Bersara Pilihan).

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek (J3) di Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 16 Mei 1995. Beliau telah berkhidmat lebih 29 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Melayu

Program lawatan turun padang YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya ke projek Kerja-Kerja Naiktaraf Simpang 3, Jalan Mohammed Salleh – Jalan Penghulu Tuah, WP Labuan telah diadakan pada 7 Jun 2024 (Jumaat) bagi meninjau kemajuan (progress) bagi kerja-kerja naik taraf yang sedang dijalankan. Program turun padang ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha,Kementerian Kerja Raya; YBrs. Ir. Hj. Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR W.P. Labuan; YBrs. Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Kolej Vokasional Labuan, W.P. Labuan (Program Conversion Smv Ke Kolej Vokasional 7 Kolej Rintis) telah dilaksanakan pada 7 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Kolej Vokasional Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Pembinaan Infrastruktur Untuk Perpindahan Skuadron Hawk Ke Pangkalan Udara TUDM Labuan telah dilaksanakan pada 7 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Bangunan Auditorium, HQ Baharu, No.6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Azizun binti Hashim, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia telah diluluskan cuti rehat bagi mengerjakan fardhu haji mulai 27 Mei 2024 sehingga 15 Julai 2024. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Zailani Bin Nagin diarah menjalankan tugas Pengarah Khidmat Pakar Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

6 Jun 2024 - Bertempat di Bilik Tanjung, Tingkat 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya Malaysia, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan bagi projek-projek di bawah Cawangan Jalan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan.

Alt

adminjkr


Melayu

6 Jun 2024 (Khamis) - Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah menyempurnakan Penyerahan Projek Pembinaan Ramp/Flyover Sepanjang 300m Dari Jalan P15H Ke Persiaran Timur, kepada Yang Berhormat Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) .

Alt

adminjkr


Halaman-halaman