Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Kerja-Kerja Terbengkalai Bagi Cadangan Membina Sebuah Bangunan Pejabat RRIMINIS Yang Mengandungi Bangunan Pejabat, Dewan Serbaguna, Setor Barangan Rampasan Dan Kuarters Untuk Lembaga Getah Malaysia, Daerah Jasin, Melaka (Tawaran Semula) telah berlangsung dengan jayanya pada 06 Mei 2024 bertempat di Dewan Serbaguna, Lembaga Getah Malaysia
Pada 13 hingga 14 Mei 2024 telah berlangsungnya “World Conference on Construction & Building Technology” bertempat di Barcelona, Sepanyol. Persidangan ini telah disertai oleh YBhg. Datuk Sr Ts. Mohd Nasir bin Saari, Juruukur Bahan Penguasa merangkap Ketua Makmal Penyelidikan Ukur Bahan di Bahagaian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).
Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Mohamad Salzeli bin Moktar, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka telah diluluskan cuti rehat bagi mengerjakan fardhu haji mulai 13 Mei 2024 sehingga 28 Jun 2024. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Azman Bin Ismail diarah menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Azman Bin Ismail berkuatkuasa pada 13 Mei 2024 sehingga 28 Jun 2024.
Pada 06 Mei 2024 telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek KLINIK KESIHATAN (JENIS 2) DENGAN KUARTERS, BESERI, PERLIS (GANTIAN) yang telah disempurnakan oleh YBrs. Ir Shukri bin Ishak, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan bertempat di Blok G, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) 2 in 1 bagi projek Naik Taraf Lapang Sasar Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Pahang – Tender Semula telah diadakan pada 13 Mei 2024 (Isnin) di Bilik Mesyuarat BPP2, Tingkat 16, Cawangan Kerja Keselamatan, Maju Tower, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan iaitu YBrs. Ir. Maria Binti Marcus.
Sukacita dimaklumkan Malaysian Structural Steel Association (MSSA) dengan kolaborasi bersama Cawangan Kejuruteraan Awam Dan Struktur (CKAS) Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan satu program SIMPOSIUM KEJURUTERAAN AWAM & STRUKTUR (SiKAS) 2024 pada 6-7 Ogos 2024 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Majlis penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi pelaksanaan Kerja-kerja Pemasangan Kuasa Elektrik Tetap Di Bukit Tagasan Semporna Untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di bawah seliaan Pasukan Projek Khas 2, JKR Malaysia telah diadakan pada 9 Mei 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna pada jam 10.00 pagi. Projek telah berjaya disiapkan 76 hari lebih awal dari Tarikh Siap Asal yang ditetapkan.
Tahniah diucapkan kepada Sr Dr. Wan Azlina Binti Ibrahim, Sr Khairil Nisaak Binti Osman dan Sr Dr. Muhammad Imran Bin Zin Zawawi dari Cawangan Kontrak & Ukur Bahan di atas pemilihan dan kejayaan menyumbangkan penulisan sebagai komentator untuk penerbitan CIDB Construction Law Report 2023 Edition. CIDB Construction Law Report yang diterbitkan oleh Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia setiap dua tahun sekali mengetengahkan ulasan kes-kes mahkamah berkenaan industri pembinaan.