Melayu

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK PEMBAIKAN CERUN DI PERUMAHAN PDRM KERAMAT WANGSA, KUALA LUMPUR telah diadakan pada 30 November 2023 (Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna JKRWPKL Tingkat 19, Sunway Putra Tower Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) telah berlangsung pada 21 Disember 2023 (Khamis) jam 3.00 petang, bertempat di Lobi Aras 23, Blok G, Menara Kerja Raya. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Shukri Bin Ishak, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan dengan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) 2 dalam 1 kepada kontraktor yang berjaya iaitu Utusan Teguh Sdn. Bhd. dan surat rasmi Pelantikan Pengarah Projek (S.O.) bagi projek ini, Ir. Dr. Hasli Bin Ibrahim, Pengarah JKR Negeri Terengganu.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), bagi Projek a) CENTRAL SPINE ROAD (CSR) / LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU), PAKEJ 1: KUALA KRAI KE JAMBATAN SG. LAKIT, KELANTAN: PERSIMPANGAN FT66 KE JAMBATAN SG. LAKIT telah diadakan pada hari Khamis, 21 Disember 2023 bertempat di Aras 2, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBhg. Datin Ar. Yong Razidah binti Rashid, Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia bersara wajib pada 24 Disember 2023. Sehubungan itu, YBrs. Ar. Hjh Sharina Intan binti Abdullah diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pengawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ar.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. DATIN Ar. YONG RAZIDAH BINTI RASHID yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 24 Disember 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek (Tingkatan Biasa)(J41) di Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 3 Januari 1987. Beliau telah berkhidmat lebih 36 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Melayu

20 Disember 2023 - Bertempat ditingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek-projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dilaksanakan oleh Cawangan Jalan, JKR Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan.

Sebanyak lima (5) Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) telah dilaksanakan seperti berikut:

Alt

adminjkr


Melayu

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2023 – Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan telah mengadakan lawatan kerja pertamanya ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. YB Timbalan Menteri telah diberikan taklimat berkaitan fungsi, peranan dan hala tuju jabatan oleh barisan Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia, diketuai oleh YBhg. Datuk Sr Hj. Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar).

Alt

adminjkr


Melayu

Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang telah berjaya merangkul Pingat Emas bagi Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC) bagi kategori Jabatan Negeri sempena majlis Anugerah Pahang 1st (APF) 2023 yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan pada 14 Disember yang lepas.

Alt

adminjkr


Melayu

MELAKA, 14 DISEMBER 2023: Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima (SST) Pengkomersialan Harta Intelek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) di antara JKR dan Fulle Technic Sdn. Bhd. telah diadakan pada 14 Disember 2023 di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka. Majlis ini telah menyaksikan acara menandatangani SST di antara YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan CREaTE dan Encik Harman Ridza bin Illias, Pengarah Syarikat Fulle Technic Sdn. Bhd.Turut hadir ke majlis tersebut sebagai saksi adalah YBrs.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), bagi Projek Pembinaan Semula Bangunan dan Kuarters Depot Imigresen Pekan Nenas (DIPN) Pontian Johor telah diadakan pada hari Isnin, 18 Disember 2023 di Dewan Emerald, Tingkat 18, Cawangan Kerja Keselamatan, Maju Tower, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman