Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilalhi. Sempena dengan sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) pada tahun ini, Jawatankuasa Panel Semakan Teks Khutbah di beberapa buah negeri telah bersetuju dan meluluskan agar Bacaan Khutbah Bertajuk "Pembangunan Lestari, Nikmatnya Disyukuri" dibaca di Masjid dan Surau Jumaat pada 1hb Disember 2023 (Jumaat)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ir. Ts. Suhaizad Hj. Sulaiman, Timbalan Pengarah JKR Perak kerana telah dilantik sebagai Felo ELITE@UM,Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan di Universiti Malaya bermula daripada 8 November 2023.
Ipoh Perak, 21 November 2023 – Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat melalui Bahagian Teknologi Maklumat (BTM, CDPK) dan JKR Negeri Perak serta kolaborasi bersama Persatuan Teknologi Maklumat (PTEM) Perak telah menganjurkan JKR PERAK CYBER DAY 2023 bersempena sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN).
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Jabatan Kerja Raya dan Petronas Technology Ventures Sdn. Bhd. telah diadakan pada 22 November 2023 di Menara Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Majlis ini telah menyaksikan acara menandatangani dan pertukaran Memorandum Persefahaman di antara Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR), YBhg. Datuk Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool dan Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Technology Ventures Sdn. Bhd. (PTVSB), YBrs. Dr. Mahpuzah binti Abai. Turut hadir ke majlis tersebut sebagai saksi adalah YBrs. Ir.
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah mengadakan Kunjungan Mesra ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang bertempat di Presint 7, Putrajaya pada 22 November 2023. Lawatan delegasi seramai 8 orang ini diketuai oleh YBrs. Ir. Hj. Zulkifli bin Abdul Rashad, Pengarah Kanan CKM, diiringi oleh beberapa pegawai kanan CKM.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. HAJI YAHAYA RUDDIN BIN MOHAMED YAACOB yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 16 NOVEMBER 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik (J5) bertempat di Jabatan Kerja Raya Hulu Perak, Gerik pada 3 Mei 1993. Beliau telah berkhidmat hampir 30 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi MEMBINA DAN MENYIAPKAN KERJA-KERJA TERBENGKALAI KOMPLEKS PENYAYANG SINAR KASIH NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG telah diadakan pada 17 Oktober 2023 (Selasa) bertempat di Kompleks Penyayang Sinar Kasih Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada jam 9.00 pagi.
15 November 2023 - Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menerima kunjungan delegasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diketuai oleh Pengurus Besar Unit Pembangunan Projek Bersepadu, Tuan Zulkeflee bin Mohamad Zin. Pihak CPAB yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), Ir. Hajjah Atikah binti Zakaria @ Ya, berbesar hati menerima kunjungan ini dan meluangkan masa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pelaksanaan BIM serta penggunaan sistem pemantauan projek di JKR.
Majlis Penyerahan Projek Membina Baru Masjid Kampung Kuala Tekal, Kuala Krau, Temerloh, Pahang Darul Makmur telah berlangsung dengan jayanya pada 16 November 2023 bertempat di tapak projek masjid tersebut iaitu di Kampung Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.