Melayu

Dimaklumkan bahawa, YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia akan menghadiri 118th REAAA Governing Council Meeting di Christchurch, New Zealand bermula 15 Oktober 2022 hingga 19 Oktober 2022. Sehubungan itu, YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid adalah diarahkan untuk menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya disamping menjalankan tugas hakiki YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid sepanjang tempoh tersebut.

Alt

adminjkr


Melayu

Dengan sukacitanya dimaklumkan Universiti Malaya dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan 1st International Building Surveying Conference (IBSC 2022) yang bertujuan untuk mempromosikan kepentingan, signifikan dan pembangunan kerjaya ukur bangunan di dalam industri pembinaan terutama di Malaysia. Persidangan ini memfokuskan juga kepada yang berlatarbelakangkan Alam Bina yang terlibat secara langsung dengan skop kerja Ukur Bangunan.

Alt

adminjkr


Melayu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Dr. Sarina Ismail yang telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran (PhD) dengan tajuk thesis “Finite Element Investigation on The Structural Response and Performance of Hybrid Glulam Cold-Formed Bolted Connections Roof Trusses” oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).

 

SETINGGI TAHNIAH diucapkan.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Dukacita dimaklumkan bahawa saudara kita Ir. Hj. Nor Azmi bin Mohd Jamal, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, JKR Putrajaya telah kembali ke Rahmatullah malam semalam, 11 Oktober 2022 di Hospital Serdang. Jenazah arwah akan dibawa ke Taman Keris Emas, Sg Udang dan akan dikebumikan selepas zohor 12 Oktober 2022.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham dan ditempat dikalangan orang-orang beriman.

"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya".

Alt

adminjkr


Melayu

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Encik Irwan Bin Bakron telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Oktober 2022 (Selasa). Dimaklumkan juga, jenazah akan dikebumikan pada pagi ini, 12 Oktober 2022 (Rabu) di Tanah Perkuburan Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham dan ditempat dikalangan orang-orang beriman.

"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya".

 

Al- Fatihah

Alt

adminjkr


Melayu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Roslinda Binti Ghazali yang telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Design And Built Environment oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).

SETINGGI TAHNIAH diucapkan.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS IR. HJ. WAN MOHAMAD HILMI BIN WAN MAHMUD, PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN NILAI, UNIT PERANCANGAN EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI  yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 10 Oktober 2022.

Alt

adminjkr


Melayu

Setinggi-tinggi ucapan tahniah Yang Berhormat Dato Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof,  Menteri Kanan Kerja Raya

Di atas penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) yang membawa gelaran Dato Sri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud

Bersempena Harijadi Ke-86 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada  hari ini, 8 Oktober 2022 (Sabtu).

Ikhlas daripada,

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Razhiah binti Wahab, Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah bersara wajib pada 6 Oktober 2022. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria di arah menjalankan tugas Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria berkuatkuasa pada 6 Oktober 2022 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. Razhiah binti Wahab, PENGARAH KANAN Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR(CREaTE) yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 6 Oktober 2022.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman