Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pecah Tanah Projek Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan (Reka dan Bina) telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa, 9 Mac 2021 di tapak projek. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah dan Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis penyerahan projek MENGGANTIKAN JAMBATAN SG RAMBAI KECIL FT005/413/50 DAN MENGGANTIKAN JAMBATAN SG RAMBAI BESAR FT005/412/50 DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN telah diadakan pada 12 Mac 2020 bertempat di Dewan JKR Kuala Langat . Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hanif Bin Latif, Jurutera Daerah JKR Kuala Langat kepada YBhg. Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah, Setiausaha Bahagian Pembangunan & Penswastaan Kementerian Kerja Raya Malaysia. Majlis juga dihadiri oleh Yang Berusaha Pengarah Kanan Cawangan Jalan, YBrs. Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Radar, Pejabat dan 2 Unit Kuarters (Komponen 3) di Rompin, Jabatan Meteorologi Malaysia Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Mac 2021 (Jumaat) bertempat di tapak projek Bangunan Radar Daerah Rompin, Pahang.

Alt

adminjkr


Melayu

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Di antara objektif penganjuran Konvensyen KIK JKR ialah memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKR supaya dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan serta memberi peluang kepada warga JKR menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Jalan Masuk Ke Sekolah Kebangsaan Pendang 2,  Daerah Pendang, Kedah Darul Aman telah diadakan pada 4 Mac 2021 (Khamis) bertempat di JKR Daerah Pendang, Kedah. Majlis penyerahan ini telah diadakan secara tertutup dengan bilangan kehadiran jemputan yang terhad dan mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf, Menyelenggara, Membaiki Infrastruktur Dan Prasarana Serta Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada 2hb. Mac 2021 (Selasa) bertempat di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.

Alt

adminjkr


Melayu

Bismillahirrahmanirrahim,

 

 

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."

 

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Ismail bin Ishak, Jurutera Awam (J41), Cawangan Kerja Kesihatan telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Mac 2021. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) terus giat melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur Negara. Antaranya ialah pembinaan Projek Persimpangan Bertingkat (Elevated T-Junction) Di Atas Lintasan Keretapi Di Pekan Tanah Merah di Negeri Kelantan.

Alt

adminjkr


Melayu

Bertempat di Mezzanine, Aras M, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 3 Mac 2021, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak secara 2 dalam 1 kepada pihak kontraktor bagi Projek Pembinaan Bangunan Penyiaran RTM Langkawi.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Haji Zulkifli bin Abdul Rashid, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama [Advance Leadership and Management Programme- ALMP] Siri ke 68 Bil 1 Tahun 2021 di Institut Tadbiran Awam Negara [INTAN], Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kual Lumpur pada 26 Februari 2021 sehingga 26 Mac 2021 seterusnya bercuti rehat pada 29 Mac 2021 sehingga 9 April 2021.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman