Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis (Bangunan SUK Baru) Mukim Seriab, Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada 10 september 2022 (Sabtu) bertempat di Kompleks SUK baru, Perlis.
PULAU LANGKAWI, KEDAH – 12 SEPTEMBER 2022 (ISNIN) telah berlangsung majlis perasmian dan pecah tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Kedah Darul Aman diiringi oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya, YB Tuan Khairy bin Jamaluddin, Menteri Kesihatan Ma
Satu sesi libat urus di antara Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah diadakan bagi membincangkan isu-isu utama dalam pelaksanaan Environmental Impact Assessment (EIA) bagi projek JKR serta hubungan kerjasama di antara JAS dan JKR Malaysia. Sesilibat urus ini telah diterajui oleh Pengarah Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga (CASKT), Pn. Farah Binti Abdul Samad serta dihadiri oleh pegawai kanan dari CASKT.
Pada 5 September 2022 (Isnin) telah berlangsung satu kunjungan hormat delegasi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh YBhg. Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM. Turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Abd. Latif Saleh, Pro Naib Canselor (UTM Kuala Lumpur) berserta pegawai-pegawai daripada UTM.
Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Tertinggal Bagi Projek Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pelbagai Kelas Di Kem Tok Jalai, Alor Setar, Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 30hb Ogos 2022 (Selasa) bertempat di Perkarangan Anjung Blok G4.
Lawatan Kerja YBhg. Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia ke Tapak Projek Pembinaan Dan Penyiapan Hospital Pengajar Dan Pusat Kesihatan Prima (PKP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak (Reka Dan Bina).
1 September 2022 (Khamis), bertempat di Aras P, Blok G, Menara JKR telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022 peringkat JKR) yang telah dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat (BKK), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK).
2 September 2022 – Majlis Penyerahan Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR) dan penyerahan sijil EKSA serta Pelancaran EKSA Do-It-Yourself (DIY) telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.
Tanggal 01 September 2022 (Khamis) dan bertempat di perkarangan Bangunan Kompleks Ilmu, Hospital Melaka telah berlangsung Majlis Penyerahan projek siap bagi projek NAIKTARAF SISTEM BEKALAN ELEKTRIK HOSPITAL MELAKA (REKA & BINA).