SALAM TAKZIAH – KEMBALINYA KE RAHMATULLAH ALLAHYARHAMAH NOOR AIZURA BINTI ZULKIFLI, ARKITEK, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)
Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Noor Aizura Binti Zulkifli telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Oktober 2022 (Isnin). Dimaklumkan juga, jenazah akan dikebumikan pada pagi ini, 25 Oktober 2022 (Selasa) di Tanah Perkuburan Jelatang, Alor Gajah Melaka.
Pewujudan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam JKR (AKRAB JKR) adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.18 Tahun 2005 yang bertujuan untuk menjadi agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja cemerlang di dalam perkhidmatan awam dengan keahlian seramai 160 orang dari seluruh JKR. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam dengan singkatan nama AKRAB membawa maksud AMANAH, KOMITMEN, RASIONAL, AKHLAK DAN BESTARI.
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN RADAR, PEJABAT DAN 2 UNIT KUARTERS (KOMPONEN 3) DI KUALA GULA, PERAK telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Oktober 2022 (Rabu) bertempat di tapak projek Bangunan Radar di Kuala Gula, Perak pada jam 11.00 pagi.
20 Oktober 2022 – Majlis Perasmian Hari ‘Safety and Health, Environment and Quality’ atau lebih dikenali Hari SHEQ 2022 anjuran CIDB telah dirasmikan oleh YB Datuk Athur Joseph Kurup selaku Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia. Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah YBrs. SrAmran bin Hj. Mohd Majid, TKPKR (Pakar) , Ybrs. Dato’ Ir Hj Masri bin Baharuddin, Pengarah CDPK dan juga beberapa Pegawai Kanan JKR yang terlibat.
Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah bersetuju melantik YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin sebagai Profesor Adjung di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) untuk tempoh selama dua (2) tahun mulai 15 September 2022 hingga 14 September 2024.
JEMPUTAN DALAMAN KKR DAN AGENSI: PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA HARI INTEGRITI KEMENTERIAN KERJA RAYA TAHUN 2022.
Bersempena dengan Hari Integriti Kementerian Kerja Raya Tahun 2022, satu pertandingan video pendek untuk disertai seluruh warga Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, CIDB ,LLM, LJM, LAM & LJBM akan diadakan.
Tarikh penyertaan bagi pertandingan adalah pada 20 Oktober 2022 hingga 2 November 2022.
18 Oktober 2022 – Majlis Penyerahan sijil EKSADo-It-Yourself (DIY) kepada JKR Negeri Selangor dan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, TKPKR (Pakar) dalam Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia.
Jawatankuasa Induk EKSA Ibu Pejabat JKR telah melaksanakan audit pensijlan EKSA DIY yang pertama ke JKR WP Kuala Lumpur pada 24-25 Ogos setelah menerima mandat pelaksanaan EKSA DIY daripada pihak MAMPU pada Jun yang lalu.
Syabas dan tahniah diucapkan di atas pelantikan YBrs. Ir. Ts. Dr. Hj. Zarabizan bin Zakaria, Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat sebagai Penasihat Industri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk tempoh dua (2) tahun, mulai 7 Oktober 2022 sehingga 6 Oktober 2024.
ISNIN, 17 OKTOBER 2022 – Majlis Penyerahan Pusat Kardiologi Hospital Serdang, Selangor (Reka dan Bina) yang telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Oktober 2022 (Isnin) yang diadakan di Lobi Utama, Pusat Jantung Hospital Serdang, Selangor pada jam 3.00 Petang.
Syabas dan tahniah diucapkan di atas pelantikan YBrs. Ir. Dr. Megat Zuhairy Bin Megat Tajuddin, Pengarah Kejuruteraan (Pakar ICT) Cawangan Kejuruteraan Elektrik sebagai Profesor Adjung di Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk tempoh dua (2) tahun, mulai 1 Ogos 2022 sehingga 31 Julai 2024.