Melayu

10 November 2022 - Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menerima kunjungan delegasi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iaitu YBhg. Dato’ Aziz bin Bakar. Pihak CPAB yang diterajui oleh Pengarah Kanan YBhg. Dato' Ir Hj Zulkipli bin Hj Nasri dan Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Ir Hjh Atikah bt Zakaria@Ya berbesar hati menerima kunjungan ini dan meluangkan masa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pelaksanaan BIM di JKR.

Alt

adminjkr


Melayu

Setinggi ucapan tahniah kepada YBrs Ir. Mohd Suhaili Ismail Pengarah JKR Negeri Kelantan di atas Pengurniaan Ahli Yang Ke3 (Paduka) Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang(PSK),sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-53, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Kelantan pada 12 Nov 2022.

Semoga YBrs. Ir. Mohd Suhaili Ismail terus cemerlang menyumbang bakti kepada Jabatan dan pembangunan negara.

Alt

adminjkr


Melayu

Setinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Cawangan Senggara & Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia di atas pengurniaan darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat  Terbilang (DPSK), bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-53, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim pada 12 November 2022.

Semoga YBhg. Dato' terus cemerlang menyumbang bakti kepada Jabatan dan pembangunan negara.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Barisan atlet para negara telah turun beraksi dalam Sukan Para SUKMA XX MSN 2022 yang telah berlangsung bermula 1 hingga 6 November 2022 bertempat di Kuala Lumpur. Untuk edisi kali ini, sebanyak 14 pasukan dengan lebih 1200 atlet yang telah mengambil Bahagian secara keseluruhannya. Sebanyak 10 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 294 acara.

Antara Sukan yang telah dipertandingkan adalah boccia, akuatik renang, badminton, catur, boling padang, memanah, olahraga, pingpong, power lifting dan tenpin boling.

Alt

adminjkr


Melayu

BANGI, 10 NOVEMBER 2022 - Majlis Sambutan Hari Integriti 2022 peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat umum tentang pentingnya kita mengamalkan nilai-nilai murni dan integriti secara berterusan serta bebas daripada amalan rasuah.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada tarikh 9 November 2022, sebelum bermula Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Strategik JKR 2021-2025 Bil 4/2022, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah mengambil kesempatan mengadakan majlis pelancaran Buku Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Sarawak (JAKM) Edisi ke-7: Pameran Inovasi Teknologi, Manual Pelan Bisnes Cawangan/Negeri/Wilayah Persekutuan/Pasukan Projek Khas dan KPI Pengarah Kanan/Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Buku Koleksi Ucapan, Kata Aluan dan Rencana Pelan Strategik 2021-2025 Ketua Pengarah Kerja Raya - Dato’ Seri

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Apresiasi Pesara Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 telah diadakan pada 9 November 2022 (Rabu) di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Lembaga Pertubuhan Peladang. Majlis yang dianjurkan oleh Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat ini adalah bagi meraikan seramai 146 pesara persekutuan yang bersara wajib dan bersara pilihan di pejabat Cawangan dan JKR Negeri. 

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Perasmian Jalan Pintas Kuala Terengganu (Kuala Terengganu Bypass) dan Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek seperti berikut :

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Pencahayaan Di Kawasan Tarikan Tasik Kenyir, Terengganu yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan YBhg. Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

SYABAS dan TAHNIAH kepada CKE, KETENGAH dan Kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek 28 hari lebih awal dari yang dijadualkan tanpa EOT.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Siap dan Pembukaan Jalan Kuala Temoyong ke Teluk Baru dan Pantai Tengah, Langkawi, Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya pada 2 November 2022 (Rabu) bertempat di tapak projek Jalan Kuala Temoyong ke Teluk Baru dan Pantai Tengah, Langkawi, Kedah Darul Aman.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman