Melayu

Tanggal 29 September 2020 adalah detik bersejarah menyaksikan pelancaran Pelan Strategik JKR Malaysia 2021-2025 oleh YB Menteri Kanan Kerja Raya. Halatuju, bidang fokus dan pelan tindakan yang jitu direncanakan dengan penuh inklusiviti serta komprehensif ke arah penyampaian keberhasihan melangkaui ekspektasi untuk rakyat dan Negara.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Gs. Ir. BADARIAH BINTI MOHD SAUFI, CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 18 Februari 2022.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBhg. Ir. Yusuf bin Abd Ghani, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu bersara wajib pada 16 Februari 2022.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu termasuk sebagai Pengawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan disamping menjalankan tugas hakiki beliau, berkuatkuasa pada 16 Februari 2022 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. YUSUF BIN ABD GHANI, PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 16 FEBRUARI 2022.

Alt

adminjkr


Melayu

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, ikhlas daripada YBhg. Datuk Ketua Pengarah Kerja Raya serta seluruh warga JKR Malaysia di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baharu, berkuatkuasa 10 Februari 2022.

Alt

adminjkr


Melayu

Bersempena dengan Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) JKR dan Sistem Pengurusan Bersepadu(SPB)  keluaran 07 yang  disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya pada 28 Januari lalu, maka pihak Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat melalui Urusetia Bahagian Pengurusan Kualiti  telah mengorak langkah mengadakan taklimat pemakaian tersebut pada 09-10 Februari 2022  di Auditorium Bahagian Teknologi Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu
Dengan sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Jabatan Kerja Raya Malaysia.
 
Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 ini merupakan satu inisiatif jabatan untuk memberi pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kemahiran/kepakaran dalam bidang tertentu serta memenuhi piawaian pensijilan.
 
Program pensijilan ini terbuka kep
Alt

adminjkr


Melayu

1.  ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH, CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan bagi Pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah diadakan pada 7 Februari 2022 (Isnin) yang telah disempurnakan YBrs. Sr. Amran Bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) kepada Ybhg. Prof. Dr. Fadzli Bin Adam, Naib Canselor (Menjalankan Fungsi) UniSZA.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR akan bercuti pada 7 Februari 2022 sehingga 10 Februari 2022 seterusnya menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management Programme – ALMP) Siri 72 Bil. 1/2022 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 11 Februari 2022 sehingga 11 Mac 2022.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman