Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs.Sr MOHD YUSOFF BIN OTHMAN, PENGARAH KHIDMAT PAKAR, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada6 JANUARI 2022.
Seramai 250 pegawai dan kakitangan dari Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Kerja Raya Malaysia (JKR), Team Surau KKR dan Team Jabatan Kerja Raya (JKR) - JKR Prihatin telah bersama-sama menyertai Misi Bantuan Bencana Banjir #JKRPrihatin di Kampung Bukit Changgang, Dengkil pada 25 Disember 2021 (Sabtu).
Para sukarelawan telah dipecahkan kepada 2 zon untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan yang melibatkan 13 buah rumah dan 1 buah surau.
Misi Bantuan Banjir JKR Prihatin telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman pada 23 Disember 2021. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat.
Majlis Apresiasi Program Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah diadakan pada 21 Disember 2021. Majlis ini bertujuan untuk meraikan para pemenang bagi dua (2) program yang diadakan oleh CDPK iaitu Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan JKR Sempena Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Awam dan Anugerah Pengurusan Pejabat (Bahagian) Terbaik CDPK.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs.Ir. Ts. WAN MOHAMED AZHARY BIN WAN MANSOR, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN PENDIDIKAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 20 DISEMBER 2021.
Dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Ahmad Nadzri bin Abdul Majid, Jurutera Awam Penguasa Kanan Gred J54 di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia ditukarkan ke JKR Negeri Pulau Pinang sebagai Pengarah Gred J54.Pertukaran ini berkuatkuasa mulai 20 Disember 2021.
Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Dr. Balamurugan A/L A.Gopal, Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang telah ditempatkan ke Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai Pengarah Gred 54 (KUP) berkuatkuasa mulai 13 Disember 2021. Sehubungan itu, YBrs. Ir.
Julung-julung kalinya Jabatan Kerja Raya (JKR) bergabung bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengadakan pameran bersama di booth Kementerian Kerja Raya (KKR). Pameran ini diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang telah diadakan bermula dari 9 Disember 2021 sehingga 12 Disember 2021.