Sepertimana yang semua telah maklum mengenai kejadian bencana banjir yang melanda negeri Terengganu dan Kelantan telah menyebabkan penduduk di beberapa Daerah sekitarnya terkesan.
Susulan daripada itu, Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui inisiatif #JKRPrihatin akan melaksanakan kutipan sumbangan bagi membantu penduduk yang terlibat dengan kejadian bencana banjir.
Pada tanggal 25 Februari 2022 (Jumaat) dan bertempat di Dewan Sri Kinabalu, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Lawatan Tapak bagi projek di bawah Cawangan Kerja Keselamatan yang melibatkan projek PEMBINAAN RKAT TAMBAHAN PELBAGAI KELAS DI KEM LOK KAWI, SABAH (REKA & BINA).
Majlis tertutup ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir.
1 Mac 2022 - YBhg. Datuk Ir. Haji Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia telah mengadakan kunjungan rasmi kepada YBhg. Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Bin Ismail, Naib Canselor UTM bertempat di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM, Skudai, Johor
Sesi kunjungan ini turut dianggotai oleh Ir. Badioezaman Bin Ab. Khalik (Pengarah Kanan CKAS), Ir. Noreha Binti Nordin (Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan CKAS) dan Ir.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Shiela binti Sharif, Jurutera Mekanikal Kanan (J48), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian PhD beliau dan dianugerahkan Ijazah "Doctor of Philosophy " pada 24 Februari 2022 daripada Universiti Malaya. Beliau telah menyempurnakan kajian bertajuk “Critical Success Factors in Implementing Green Government Building: A Case Study of Menara Kerja Raya)”.
Satu majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak serta penyerahan Surat Lantikan Pegawai Penguasa (PP) bagi Projek Pembinaan Kastam Pulau Pinang dan Projek Pembinaan Blok Tambahan Kastam Kangar, Perlis telah diadakan pada 28 Februari 2022 bertempat di bilik Mesyuarat Cenderawasih, Tingkat 13A, Menara PJD pada jam 10 pagi.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan CKBA1, Puan Nik Ainun Zanariah binti Nik Abd Rashid dengan dihadiri oleh wakil pihak pelanggan dari Kementerian Kewangan
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JKR merupakan sistem pengurusan aduan utama Jabatan yang telah diguna pakai berkuat kuasa pada 1 Mei 2021 oleh seluruh JKR Malaysia meliputi Ibu Pejabat, Cawangan, Negeri/Wilayah Persekutuan dan Daerah. Aduan awam berkaitan JKR yang diterima dari saluran-saluran rasmi akan didaftarkan secara automatik dan secara manual ke dalam SISPAA JKR. Semua aduan akan diuruskan secara berpusat di portal SISPAA JKR.
Pada 23 Februari 2022, Unit BIM, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu telah menerima kunjungan delegasi dari Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Malaysia Airport (Sepang) yang diketuai oleh Encik Nordin bin Isnin, Pengurus Kanan MA (Sepang). Pihak JKR amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan meluangkan masa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pelaksanaan BIM di JKR.
Sukacita dimaklumkan bahawa dua kursus baharue-Pembelajaran JKR Malaysia bertajuk “BIM: Asas Pengurusan 1” dan “Pengenalan Kepada Gerbang Nilai 0 (GN0)” yang dibangunkan oleh Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ibu Pejabat JKR kini telah ditawarkan di portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA).
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) telah membangunkan Dokumen Laporan Pencapaian Pelan Strategik JKR Malaysia Tahun 2021 & Hubungkait RMK12 Dengan Pelan Strategik Dan Pelan Bisnes JKR Malaysia 2021-2025. Kedua-dua dokumen ini diterbitkan selaras dengan usaha jabatan yang jitu dalam memastikan Pelan Strategik JKR Malaysia 2021-2025 sentiasa berada di tahap melebihi sasaran secara signifikan sepertimana yang telah ditetapkan serta selari dengan agenda Negara.