Melayu

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Ir. Razdwan Bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) di atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D. P. S. M) pada 1 November 2020 yang membawa gelaran Datuk, sempena Sambutan Hari Jadi ke 71, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka. 

Alt

adminjkr


Melayu

Tahniah kepada Ir. Roslan bin Mohd Salleh, Jurutera Awam Penguasa Kanan Gred J54 di Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia ditukarkan ke JKR Negeri Sembilan sebagai Pengarah JKR Negeri Sembilan berkuatkuasa 2 November 2020.

Semoga Ir. Roslan dapat melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan berintergriti.

 

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Hanizan binti Shafii, Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR telah dilantik sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR mulai 7 Oktober 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

Tarikh tutup permohonan : 30 November 2020

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya sedang menjalankan urusan pemangkuan bagi Kumpulan Pelaksana Gred 28 - 42 & Gred 18 - 26 seperti senarai berikut:
 

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi Projek Menyiapkan Baki Kerja Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan Klinik Cure & Care (C&C) 1Malaysia, Kuching, Sarawak telah diadakan pada 22 Oktober 2020 ( Khamis ), jam 10.00 pagi bertempat di Blok Program, CCRC Kuching, Sarawak. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs En. Robert Albert Girik, Jurutera Awam Penguasa, PPK2, JKR (mewakili Pengarah PPK2, JKR) kepada YBrs En. Wan Madihi Wan Salleh, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (Sarawak), Kementerian Dalam Negeri.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBhg. Ar. Datin Hajah Mariani Norr binti Suhud, Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) bersara wajib pada 15 Oktober 2020. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim diarah menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), dimana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Puan Samini binti Haji Omar, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA 2) telah bersara wajib pada 10 Oktober 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Zamri bin Mat Kasim diarah menjalankan tugas Pengarah Cawangan Kerja Banguna Am 2 (CKBA 2) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), dimana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Berkuatkuasa pada 12 Oktober 2020 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Alt

adminjkr


Melayu

Adalah dimaklumkan, YBrs. Alfred Sim Seck Puan, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama (Advanced Leadership and Management Programme-ALMP) Siri 67 Bilangan 3 Tahun 2020 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2020 sehingga 30 Oktober 2020.

Alt

adminjkr


Melayu

Bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Aras 33 Blok G Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 20 Oktober 2020, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan Dokumen Kontrak (2 dalam 1) bagi projek MENAIKTARAF LALUAN FT003 DARI PERSIMPANGAN MELOR – KETEREH KE KG. PAK BADOL (KM19.75 – KM23.05), KELANTAN.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 19 Oktober 2020 jam 3.00 petang, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman