Pada 9 Disember 2020, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato' Haji Noor-Ihsan Bin Haji Che Mat telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman. Kunjungan itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan) Puan Samilah Binti Mashuri dan Pengarah Ketua Perunding Kawalan Pemajuan, YBrs. Ar. Mohamad Nazli bin Ramli.
Pada 9 Disember 2020, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran, YBhg. Dato’ Ir. Nor Hisham bin Mohd. Ghazali telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman. Kunjungan itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes), YBhg. Dato’ Ir. Mohd Azmi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Haji Nishad Mohamed bin Haji C.J. Mohd Shaffy dan Pengarah Kanan (Sektor PEngurusan), YBrs. Ir. Haji Azmi bin Ibrahim.
Pada 8 Disember 2020, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.
Pada 8 Disember 2020 jam 1.30 petang, bertempat di Aras 33, Blok G, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, telah berlangsungnya acara ringkas Penyerahan Watikah Bagi Penempatan Pegawai Gred Utama, yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.
Lima (5) penerima watikah tersebut adalah seperti berikut:
CADANGAN PROJEK PENYELENGGARAAN SISTEM SOLAR HIBRID BAGI SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR SEMENANJUNG TAHUN 2020 SEHINGGA 2023
MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST)
Bertempat di Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 3 Disember 2020, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Cadangan Projek Penyelenggaraan Sistem Solar Hibrid Bagi Sekolah-sekolah Luar Bandar Semenanjung Tahun 2020 sehingga 2023 yang dilaksanakan oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia.
Saksikan Perutusan Khas Hari Profesion Teknikal Negara 2020 oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin melalui slot temubual bersama YB Menteri Kanan Kerja Raya di rancangan Selamat Pagi Malaysia, TV1.
Perutusan Khas ini boleh ditonton jam 8.20 pagi, Sabtu 5 Disember 2020 di saluran TV1 dan sosial media Facebook live hptn2020 dan SelamatPagiMalaysia.
Pada 2 Disember 2020 (Rabu), telah berlangsung Sesi Penghargaan Kepada Pasukan JKR Yang Terlibat Dengan Transformasi Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Kepada Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah.
Sama-sama kita saksikan temubual berkenaan Hari Profesion Teknikal Negara 2020 #HPTN2020 (link is external) bersama Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir.
Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK RUMAH SERI KENANGAN SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN telah diadakan pada 25 November 2020 (Rabu) pada jam 9.45 pagi bertempat di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Putrajaya
Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran Poster Pelan Strategik JKR 2021 – 2025 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 2 Disember 2020 bertempat di Menara Kerja Raya 2, Blok G.