JKR Malaysia telah melakarkan satu kejayaan signifikan, apabila mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) berkenaan kertas pertimbangan untuk menambahbaik tatacara dan kaedah penilaian tender JKR. Kertas pertimbangan tersebut telah dibentangkan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, diiringi oleh YBrs. Sr Dr. Muhammad Imran bin Zin Zawawi daripada Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan.
Pada 3hb November 2020, Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato’ Ir Zulkefly bin Sulaiman telah berpeluang menyerahkan Dokumen Pelan Strategik kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki bin Ali. Penyerahan ini adalah simbolik kepada komitmen Jabatan Kerja Raya dalam meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan jabatan kerajaan. Diharapkan dengan komitmen ini, Pelan Strategik JKR 2021-2025 akan menjadi tunjang bagi JKR melakar kejayaan yang lebih cemerlang dan mampu menjadi salah sebuah agensi teknikal utama bertaraf dunia di masa akan datang.
Tahniah kepada YBrs. Ir. Anisah binti Saim, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Gred J54 di Cawangan Dasar dan pengurusan korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan ditempatkan di Bahagian Pengurusan Kualiti ditukarkan ke Jabatan Audit Negara, Jabatan Perdana Menteri (Kader) dan ditempatkan di Bahagian Teknikal, Sektor Audit Prestasi sebagai Pengarah memangku Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuatkuasa 18 November 2020.
Semoga Ir. Anisah dapat melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan berintergriti.
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs.Ir. HAJI OTHMAN BIN IBRAHIM, PENGARAH BAHAGIAN TEKNIKAL, JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 18 NOVEMBER 2020.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Unit Rekabentuk, Cawangan Jalan pada 24 Ogos 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
Bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya, Aras 33, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 16 November 2020, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Cadangan Projek Pemasangan Sistem Solar Hibrid untuk 134 buah sekolah luar bandar Negeri Sarawak bagi Pakej 7, 8 dan 9 yang dilaksanakan oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia.
Majlis penyerahan projek kerja-kerja penyelenggaraan Dan Pembaikan Am(Sivil & Elektrik) Di JKR AB 1592, JKR AB 1593, JKR AB 1594, Kem Pulapot Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur pada 13 November 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Latihan Kor Polis Diraja Kem Genting Kelang.
Bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Aras 33 Blok G Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 12 November 2020, telah berlangsung Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek-projek pengurusan fasiliti dan penyenggaraan yang dilaksanakan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Penyerahan Surat Setuju Terima ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya seperti berikut:
Bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Aras 33 Blok G Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 10 November 2020, telah berlangsung Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek PEMBINAAN BLOK TAMBAHAN HOSPITAL SERI MANJUNG, PERAK – TENDER SEMULA
Penyerahan Surat Setuju Terima ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) Tender) kepada kontraktor yang berjaya iaitu KAMALBINA SDN BHD.